Wednesday, July 31, 2013

Kempen Pemasangan Kaki Palsu Secara Percuma

Persatuan Pendidikan Akhlak Che Leng Khor (Moral Uplifting Society Kelantan) telah menjemput "The Prothesis Foundation under the Patronage of the Princess Mother of Thailand" ke Kota Bharu untuk menjalankan "Kempen Memasang Kaki Palsu Secara Percuma."

Kempen ini akan diadakan pada 21 Oktober 2013 hingga 26 Oktober 2013 bertempat di DewanTin Hing Kong Tokong Mek, Kampung China, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.Ia bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa dan kewarganegaraan.

Sukarelawan dari Thailand ini menggunakan kenderaan bergerak ke Malaysia untuk menjalankan pemasangan kaki palsu secara percuma. Mereka juga telah menggunakan beberapa buah trak untuk membawa semua peralatan mesin keperluan, alat-alat ganti, bahan-bahan, peralatan bagi membuat kaki palsu. Proses lengkap bermula dari mengukur bentuk kaki palsu, membuat acuan plaster, membentuk plastik kaki palsu, melengkapkan bahan-bahan dan sambungan kaki palsu sehingga membentuk kaki palsu yang sempurna. Mereka sangat berpengalaman dan pesakit akan dapat menggunakan kaki palsu dalam sekali lawatan tanpa perlu membuang masa dan ini menjimatkan kos perbelanjaan perjalanan.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi Persatuan ini yang beralamat 6004, 1st Floor, Jalan Hamzah, 15050, Kota Bharu, Kelantan. telefon/fax: 609-7442640 email zilingekb@yahoo.com

(Sumber: Dr Ahmad Tajuddin Abdullah, Orthopedic Surgeon, HSNZ)

No comments:

Post a Comment