Friday, January 21, 2022

 'SEPETANG BERKAYAK BERSAMA DIABETERS'  ANJURAN DIABETES MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU


Diabetes Malaysia Terengganu adalah sebuah persatuan bukan kerajaan (non governmental organisation)  yang mempromosi pencegahan dan pendidikan diabetes di Terengganu, akan mengadakan aktiviti berkayak  untuk warga Terengganu khasnya  yang berkelapangan pada tarikh 1 dan 2 Februari 2022 pukul 5.00-6.30 petang sempena sambutan Hari Raya China dengan sedikit bayaran. 

Ia juga merupakan hari kelepasan am bagi kebanyakan negeri negeri di Malaysia. 

Aktiviti ini boleh juga dimanfaatkan sebagai aktiviti hari keluarga masing-masing menggunakan cuti awam ini.

Berikut adalah perinciannya:

Tarikh : 1 Februari 2022 (Selasa) sessi pertama

              2 Februari 2022 (Rabu) sessi kedua

Masa   : 5.00 hingga 6.30 petang.

Tempat: Sungai Ibai, depan Rumah Persatuan Kayak Terengganu, Kuala Ibai (Kuala Terengganu) sebelah Qurata Resort. Anda boleh guna Waze untuk ke tempat ini.

Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat.

Bayaran :  RM10.00 seorang dewasa bagi ahli persatuan bagi setiap sessi.

                 RM15.00 seorang dewasa bagi bukan ahli bagi setiap sessi.

Bagi peserta di bawah 12 tahun, bayaran percuma bagi ahli persatuan dan RM5.00 bagi bukan ahli, bagi setiap sessi.

Bayaran termasuk kayak, pedal, dan jaket keselamatan setiap peserta.

Kemudahan lain yang disediakan : Surau, Tandas, Bilik Mandi, Tempat letak barangan dan makanan, Tempat persalinan dan Rescue Team. 10  ruang parking (kereta) disediakan bagi mereka yang tiba dahulu (first come, first serve basis).

Perlu diberi perhatian, aktiviti ini dipantau sepasukan penyelamat yang bertauliah.

 Untuk tempahan dan yang berminat, sila hubungi :

1. Puan Nurul Hidayah Hp 019-9007590

2. Puan Arsyurahmah Hp 012-4945048

Nyatakan hari yang mana anda berminat atau kedua-duanya sekali.

Peserta hendaklah menghadirkan diri setengah jam awal iaitu 4.30 petang di lokasi aktiviti (Rumah Persatuan Kayak) bagi urusan pendaftaran kehadiran, taklimat, pengagihan peralatan dan sebagainya.

Nota: Aktiviti ini telah diberi 'rating' yang baik oleh peserta yang lalu.