Monday, July 22, 2013

Klinik Penjagaan Kaki dan Penjagaan Luka, HSNZ, Kuala Terengganu

Bagi pesakit diabetes yang menghadapi luka dan mempunyai masalah pada kaki, anda boleh mendapat khidmat dari hospital ini dan anda mungkin akan dirujuk kepada klinik ini. Klinik ini terletak di bahagian pesakit luar, bangunan lama.

Klinik ini mengendalikan "dressing" pada luka, buka jahitan, mengesan "numbness"  pada kaki, merawat "numbness" di samping memberi kaunselling kepada yang berkaitan.

Jururawat sedang merawat luka (diabetes foot ulcer) pesakit diabetes ini.
Untuk makluman, tahun lepas (2012), mereka yang dimasukkan ke wad hospital di sini kerana diabetes foot ulcer (DFU), 25% terpaksa dipotong kakinya samada jari-jari kaki atau dari bawah lutut. Ini sangat menyeramkan dan menakutkan. Angka ini tidak menurun.

Mesin Biothesiometer digunakan oleh jururawat di sini untuk mengesan dan mengukur tahap "numbness"(kebas) pada kaki seseorang. 6 point di tapak kaki akan diukur tahap kebas. Jika tahap melebihi bacaan 25, pesakit akan diberi terapi menggunakan mesin Anodyne Therapy.

Terapi menggunakan mesin Anodyne Therapy ini biasanya mengambil masa 45 minit setiap sesi. Pesakit diminta datang 3 kali seminggu untuk rawatan.

Saya bertanya kepada pesakit yang sempat saya temubual, mereka mengatakan ada peningkatan ke arah kebaikan setelah mendapat rawatan dari mesin ini.

Klinik yang sempit menyukarkan laluan masuk.

Menggunakan mesin Anodyne Therapy dalam rawatan  kaki

Semasa lawatan saya ke klinik ini, saya dapati ianya dikendalikan oleh 3 staf  dengan dibantu oleh pelatih dari kolej kejururawatan dan ruang operasinya sangat sempit. Pada saya ianya tidak mencukupi memandang jumlah pesakit begitu ramai melebihi 40 pesakit/sehari dan dijangka bertambah memandangkan mereka yang dipotong kaki telah bertambah dari masa ke semasa. Disebabkan ruang sempit, bukan sahaja pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan perkhidmatan, pesakit yang mengguna kerusi roda didapati sukar bergerak kerana ruang yang ada dipenuhi oleh  perabut dan kelengkapan lain. 

Saya mencadangkan klinik ini ditempatkan di ruang yang lebih luas (yang boleh diakses oleh pesakit) bagi mengatasi kawasan operasi yang sempit dan ditambah staffnya. Atau dibina klinik baru, moden dan luas di kawasan lain dalam kawasan hospital, seperti Foot Care Centre terkemuka di dunia.

No comments:

Post a Comment