Sunday, November 23, 2014

Seminar Pencegahan Diabetes Peringkat Negeri Terengganu 23 Nov 2014

Seminar Pencegahan Diabetes Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 23 hb November 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.  Ianya dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (unit  NCD) dengan kerjasama Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu dan Kelab Pendidik Diabetes. Ianya juga diadakan sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2014 yang jatuh pada 14 November setiap tahun.

Tiga pembentang dijemput untuk memberi ceramah. Mereka ialah Dr Suhazeli bin Abdullah , Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Kemaman (Cegah Diabetes, Andalah Penentu), Puan Kartini bt Abd Karim, pegawai dietetik  Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (Pemakanan Sihat Cegah Diabetes) dan Puan Hamidah Mustofa, jurupulih anggota dari Kuala Terengganu Specialist Hospital KT (Hidup yang Aktif, Cegah Diabetes).

Selain itu, terdapat aktiviti di ruang luar seperti pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, kaunselling kesihatan, pameran penjagaan kaki, pameran makanan sihat, pameran senaman, pameran ubat ubatan yang harus dihindari, penjualan produk diabetes seperti kasut, susu dan peralatan lain.

Seminar yang dihadiri oleh 300 peserta yang terdiri dari jabatan-jabatan dan NGO ini mempunyai objektif memperkasakan masyarakat dalam pencegahan diabetes melalui amalan gaya sihat ke arah hidup yang lebih berkualiti.

Intipati mesej ialah pentingnya mengamalkan makanan sihat  seimbang serta mengikut sukatan, bersenam dan aktif fizikal setiap hari,  mengelak dari stress, cegah kegemukan, elak merokok, datang ke klinik mendapat saringan kesihatan. Aktiviti seperti ini akan dapat mencegah diabetes. Berikut adalah gambar gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut.

Backdrop

Pengacara Majlis Zuraimee.

Peserta seminar

Kata Aluan oleh Dr Syuhada
Peserta

Pameran di ruang foyer.

Penceramah Hjh Hamidah (tudung hitam)

Khidmat kaunseling oleh para doktor.

Moderator Pembentangan 

Pameran dan penjualan Susu Glucerna

Pendaftaran dan urusetia

Pameran dan penjualan kasut

Hadiah untuk peserta kuiz

Peserta

Penjualan Peralatan seperti jarum dsbnya


Stress Pembunuh nombor  1?
Pameran Sajian dan Makanan
Seminar ini sangat berjaya memberi kesedaran kepada para hadirin kerana di setiap ceramah diadakan lima soalan kepada peserta. Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat diberi hadiah. Sebanyak 15 hadiah telah diberi kepada peserta yang telah berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh ketiga-tiga penceramah. Ini menunjukkan mereka peka dan sentiasa mengikuti ceramah yang diberikan. Manakala moderator, En Wan Hassan dari Diabetes Malaysia juga telah memberi maklumat dan ingatan agar mereka berwaspada mengenai diabetes dan langkah-langkah pencegahannya.

Jawatankuasa Seminar Pencegahan Diabetes Peringkat Negeri Terengganu ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran seminar ini dan peserta-peserta yang datang mendengar ceramah.

Adalah diharapkan acara seperti ini dapat diadakan secara kerap bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.
.

Tuesday, November 4, 2014

Makluman: Seminar Pencegahan Diabetes

Seminar Pencegahan Diabetes peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 23 Nov 2014 jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di dewan Perpustakaan Negeri, Kuala Terengganu.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Diabetes Malaysia cawangan Negeri Terengganu dan Kelab Pendidik Diabetes.

3 penceramah dijemput untuk menerangkan perkara mengenai diabetes, makanan untuk mencegah diabetes dan senaman untuk mencegah diabetes.Di samping itu, terdapat saringan kesihatan, dan pameran di foyer perpustakaan.

Target peserta ialah mereka yang >35 tahun, dan mempunyai saudara mara yang mengidap diabetes. Ahli dan sesiapa yang berminat untuk hadir sila hubungi kami melalui talifon atau SMS sebelum 14 Nov 2014.

Sunday, November 2, 2014

Glucerna Challenge Me- Week 12, the end

Diabetes Malaysia Terengganu branch has just concluded a Glucerna Challenge Me program with Abbott Nutrition on Saturday, 1 November 2014 at Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.
This time, the third round of measuring BMI, blood glucose and blood pressure.  The HBA1c is also being conducted to all participants.

The program started with health screening, breakfast, lecture on  diet by a dietitian, As usual, to keep participants always alert,  the organizer conducted a lucky draw and also as promised earlier, giving away free glucometer to every participant who attended on three consecutive occasions.

The program is a success in making them aware of the diabetes and ways to fight through proper food intake and regular exercise.