Friday, October 7, 2016

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu

Seramai 14 peserta dari Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah melakukan expedisi mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Ianya telah dilakukan pada 20-24 September 2016 yang lalu diketuai oleh Pengerusi Diabetes Malaysia Terengganu sendiri, Hj Wan Md Adnan Wan Ismail.

Ekpedisi ini julung-julung kali diadakan sebagai satu dari program DMCT. Untuk pengetahuan, ahli ahli ini terdiri dari golongan veteran, muda, remaja dan kanak-kanak. Mereka telah berlatih sekian lama untuk memperolehi stamina bagi membolehkan mereka ke sana.





Kumpulan ini sangat aktif dalam program mendaki gunung di Malaysia. Mereka telah mendaki Gunung Tebu di Terengganu dan Gunung Tahan di Pahang.

Sunday, October 2, 2016

Kem Diabetes 2016

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DMCT) telah menganjurkan kursus tahunan@kem diabetes pada 1-2 Oktober 2016 di Scout Inn Hotel di Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Ianya dihadiri oleh 40 orang peserta yang datang dari Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan.

Peserta peserta terdiri dari staf Hospital Sultanah Nur Zahirah KT (dari pelbagai wad), Kuantan Medical Centre , Kota Bharu Medical Centre dan urus setia.

Kursus ini julung-julung kali  dianjur untuk zon timur.

Kursus ini telah berjaya memberi maklumat berguna mengenai pengurusan penyakit diabetes kepada semua peserta yang hadir. Peserta juga berjaya menamatkan kursus dengan mengambil ujian (pre-test) dan persembahan berkumpulan,

Di sampimg mendapat input daripada pakar-pakar mengenai diabetes dan komplikasi, kursus ini telah menampilkan beberapa topik lain seperti pemakanan, penjagaan kaki, penjagaan mata, senaman untuk mereka yang tidak berdaya, tip pengambilan ubat dan pengurusan luka.

Kursus dua hari ini jelas telah membuka minda peserta tentang betapa pentingnya penyakit ini dipantau dengan rapi bagi mengelak komplikasi jangka panjang.

DMCT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan kursus ini. Kesemua peserta diberi Sijil Kehadiran. Sijil ini boleh digunakan untuk mendapat CPD points bagi yang sedang berkhidmat.

Kursus diurus oleh Wan Hassan Wan Ismail, a Certified Trainer (MIM-HRDF).

Berikut adalah gambar yang sempat dirakam.

Peserta kursus dan Urus setia kursus

Dr Yoges, pegawai endocrinologis sedang memberi syarahan

Dr Yoges, Dr Zaiha, Hj Wan Md Adnan

Persembahan Berkumpulan


Saifullah, Dietitian

Puan Arsyurahmah , Dietitian

Dr Suzannah, perunding orthopedik

Dr Nor Anita, pakar mata

Hajah hamidah, fisioterapis

Senaman Santai

Puan Ramlah menunjukkan Pinggan Sihat.

Puan Adebah dan Foot Care and Wound Management

Amalina, pegawai farmasi
             
Persembahan Berkumpulan adalah aturcara tetap kursus ini

Makanan yang dibuat calori tagging


Wan Hassan, Wan Md Adnan, Dr Yoges dan seorang peserta di Dewan Makan..
Popia Basah disaji untuk minum petang.

Peserta seronok memahami syarahan

Setiausaha (berdiri) sedang menyusun borang maklum balas dari peserta.