Sunday, July 30, 2017

Kem Diabetes 2017

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan Kem Diabetes pada 6-7 Oktober 2017 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Hotel Sumai dan Apartment, Kuala Terengganu.

Ia bertujuan memberi maklumat kepada yang berminat bagaimana menguruskan penyakit diabetes yang semakin menular di Malaysia sehingga dianggarkan 3.5 juta orang Malaysia sedang mengalaminya.

Ia terbuka kepada semua yang berminat terutama pesakit dan mereka yang menguruskan penyakit ini. Syarahan akan diberi oleh pakar endokrinologis, pakar kesihatan keluarga, pakar pemakanan, ahli farmasi, ahli fisioterapi dan sebagainya.

Anda akan mempelajari tentang pemakanan yang boleh mencegah dan merawat diabetes, tip penjagaan kaki dan perawatan luka, pelajari mengenai pelbagai senaman, dan ubat-ubatan, pelajari risiko dan komplikasi  dan sebagainya.

Sesiapa yang berminat boleh berdaftar dengan bayar RM180.00 seorang. Sila hubungi urusetia 012-9984443 dan 011-1067 3037.