Friday, July 26, 2013

Melaksanakan Garis Panduan Penjagaan Kaki bagi Pesakit Diabetes

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit telah menerbitkan sebuah buku panduan mengenai penjagaan kaki pada bulan Disember 2012. Objektif am garis panduan ini ialah untuk memastikan keseragaman perkhidmatan penjagaan kaki pesakit diabetes mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Objektif khusus pula ialah mengesan tanda awal- tanda jangkitan atau kejadian ulser kaki pada pesakit diabetes, memberi penjagaan khusus kepada pesakit kepada pesakit diabetes yang berisiko mendapat ulser kaki, mengurangkan kejadian amputasi serta gangren di kalangan pesakit diabetes dan meningkatkan dan mengekalkan kesihatan pesakit diabetes.

Garis panduan ini disediakan untuk digunapakai oleh anggota paramedic (jururawat atau penolong pegawai perubatan) di semua klinik kesihatan dan klinik pesakit luar hospital yang menjalankan klinik diabetes.

Kandungannya sangat baik dan komprehensif.




Komen saya ialah tentang pelaksanaan. Dari pemerhatian saya yang membawa pesakit diabetes ke hospital atau klinik kesihatan di Kuala Terengganu, prosedur memeriksa kaki seperti di Lampiran 1 tidak dibuat secara menyeluruh. Oleh itu saya berpendapat tanpa pemeriksaan kaki seperti di lampiran 1, kita tidak dapat mencegah gejala diabetes foot ulcer (DFU) di peringkat awal sebab mereka yang mengidap diabetic foot ulcer yang datang ke klinik untuk rawatan sudah berada di peringkat yang teruk.

Sepatutnya penyakit dapat dicegah di peringkat awal lagi jika pemeriksaan kaki dibuat dengan teliti. Saya mengesyor supaya pemeriksaan kaki bagi pesakit diabetes dibuat setiap kali pesakit datang untuk "follow up" setiap 3 bulan. Ini dapat membendung amputasi kaki. Letakkan paramedic yang mencukupi untuk melaksanakan tugas murni ini.

No comments:

Post a Comment