Saturday, February 14, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan 2015 DM Terengganu

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah selesai menjalankan mesyuarat agung tahunannya dengan jayanya.

Bertempat di dewan Mayang Sari, Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu, Tepat jam 11. 00 pagi ianya dimulakan. Agendanya ialah Kata Aluan Pengerusi, mengesahkan minit yang lalu, perkara berbangkit, pembentangan laporan setiausaha, pembentangan laporan bendahari dan mengesahkannya, dan hal-hal lain. Ianya telah dihadiri oleh 70 ahli, satu rekod kehadiran yang sangat baik.

Selepas mesyuarat, semua hadirin diberi door gift buah apple atau limau (yang diletak dalam bakul buluh kecil). Hadirin juga berpeluang mendapat cabutan bertuah yang mana 11 daripada mereka menerima hadiah masing-masing berupa bekas makanan seperti Tupperware.

Tempat Mesyuarat di Hotel TY Midtown, KT

Ahli-ahli mesyuarat 

Pembentangan Laporan setiausaha oleh Setiausaha. Disebelah kanan ialah Pengerusi DM T

Kaum wanita

Pandangan dari sisi kiri.

Hadiran sedang mendengar taklimat


Ahli sedang dengar pembentangan

Pembentangan Laporan bendahari (kanan)

Cabutan Bertuah

Waktu rehat

Habis mesyuarat ambil gambar berkumpulan bagi yang sudi

Mesyuarat

Terima hadiah nombor bertuah



Masa pendaftaran

Hadiah cabutan bertuah


Penyampaian Hadiah kepada Ahli dan Sumbangan DM

Pada 14.2.2015 jam 10.00 pagi, Diabetes Malaysia Terengganu mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada dua pemenang sagu hati program Glucerna Challenge yang telah dijalankan pada tahun 2014.Hadiah tersebut adalah sumbangan Abbott Nutrition.

Majlis ini diadakan di Dewan Mayang Sari, Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh 70 ahli dari seluruh negeri.

Hadiah berupa 2 tin susu Glucerna dan sebuah pedometer kepada setiap pemenang telah selamat disempurnakan oleh Tuan Pengerusi DM Terengganu Hj Wan Md Adnan.

Pemenang pertama ialah Puan Salbiah Zakaria dan pemenang kedua Hj Wan Ahmad bin Ismail.

Puan Salbiah (berdiri kiri) menerima hadiah dari Puan Ramlah dan disaksikan oleh Tuan Pengerusi DM Terengganu.

Hj Wan Ahmad Ismail menererima hadiah dari Tuan Pengerusi DM Terengganu.
Di dalam majlis ini juga, DM Terengganu juga menyampaikan bantuan peralatan kepada adik Mohamad Faiz Farhan Che Hassan (17 tahun). Bantuan ini adalah dari tabung Children Fund kelolaan DM ibu Pejabat. DM Terengganu hanya menyampaikan bantuan kepada mereka yang terpilih. Adik Mohamad Faiz menerima Contour Plus Meter, 4 kotak test strips, 1 kotak microlet lancet dan 1 kotak Ypsome Needles.

Hj Sudirman (kiri)  menerima sebahagian dari bantuan.


Hadiah ini diserah kepada Hj Sudiman Yusof untuk diserahkan kepada Mohamad Faiz Farhan.

Inilah sebahagian aktiviti DM Terengganu di dalam mendekatkan persatuan dengan orang awam serta memupuk semangat ahli-ahli agar sentiasa berwaspada tentang diabetes dan cara mengurusnya.

Syarahan Cegah Diabetes dan Diet

Pada 14.2.2015, Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan 2 ceramah yang disampaikan oleh dua pakar dan juga AJK DM Terengganu sempena Mesyuarat Agung Tahun 2015. Ia bertujuan untuk memberi dan berkongsi  ilmu dan pengetahuan dengan para hadirin yang terdiri dari ahli persatuan Diabetes Malaysia Terengganu..

Ianya diadakan di Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam,Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh 70 ahli-ahli, bermula dari 9.30 pagi-10.45 pagi

Syarahan 1 bertajuk Cegah Diabetes disampaikan oleh Dr Zaiha bt Harun, pakar perubatan am dan buah pinggang yang juga merupakan Timbalan Pengerusi.

Syarahan 2 bertajuk Diet untuk Diabetes disampaikan oleh Puan Ramlah bt Ali, pakar pemakanan yang juga AJK DM Terengganu.

Pesanan Dr Zaiha,  ahli-ahli hendaklah sentiasa peka kepada simptom diabetes, komplikasi dan berusaha untuk mengawal glukosa darah, tekanan darat dan  kolestrol.

Manakala Puan Ramlah pula memberi pesanan agar ahli-ahli berwaspada terhadap masa makan, jumlah karbohirat yang diambil, banyak makan serat seperti buah-buahan dan sayuran.

Majlis diselangi dengan kuiz dari pensyarah kepada ahli-ahli. Mereka yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi hadiah.

Berikut adalah gambar di majlis perkongsian ilmu kesihatan ini.

Pengacara Majlis, Wan Hassan merangkap Setiausaha Persatuan

Syarahan 1 oleh Dr Zaiha Harun
Syarahan 2 oleh Puan Ramlah

Para hadirin sedang mendengar syarahan.


Saturday, February 7, 2015

Gotong Royong Bersih Pejabat

Pada hari Sabtu pagi (7 Feb 2015), beberapa ahli jawatankuasa telah memulakan kerja gotong royong membersihkan pejabat. Kerja-kerja tersebut termasuklah mengelap tingkap, membersih sinki, mengganti langsir, mengubah perletakan perabut dan sebagainya, Mereka yang hadir termasuklah Puan Adibah, Pn Roslina, Puan Najmi, Puan Zaimah, Hj Ramli, Wan Hassan dan Wan Md Adnan.

Selain mengerjalan pembersihan, perbincangan kecil turut diadakan bagi tujuan persiapan mesyuarat agung tahunan minggu depan.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi datang dan menjayakan gotong royong tersebut.

Berikut adalah 4 keping gambar.