Sunday, July 17, 2016

Jamuan Hari Raya 2016

Sempena Hari Raya AidilFitri 2016, DMCT telah menganjurkan satu majlis bersama ahli jawatankuasa dan keluarga serta beberapa jemputan istimewa pada 16 Julai 2016 jam 10-12 tengah hari di pejabat DMCT Padang Hiliran Kuala Terengganu.

Majlis dianggap meriah bukan kerana juadah yang disajikan tetapi kehadiran anak dan cucu AJK memeriahkan lagi majlis ini. Lebih dari 50 orang hadir di majlis ini. Majlis agak ringkas kerana ianya diadakan dua jam sahaja.

Menu utama ialah Nasi Minyak Ayam dan gulai daging. Manakala juadah lain dibawa oleh setiap AJK. Ini termasuklah roti jala, agar agar prune, ketupat daun palas, rendang, tapai pulut, kek lapis sarawak, pelbagai biskut raya, buah limau sunkist dan tembikai, Air minuman ialah air mineral, kopi, air limau dan sasi.

Di samping menikmati pelbagai juadah, majlis diseri dengan hawa telinga lagu lagu hari raya bagi memberi mood raya. Tidak ketinggalan, kanak-kanak diberi duit raya.

Acara seperti ini jelas telah mengeratkan lagi hubungan antara AJK dan tetamu.

Inilah kali pertama, persatuan mengadakan jamuan seperti ini dan di tahun depan, insyaAllah acara ini akan dilaksanakan.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang sanggup melapangkan masa dan membawa juadah untuk dikongsi bersama. Tidak lupa kepada Dato Ismail Said (mantan MP Kemaman) yang sudi menaja Nasi Minyak. Terima kasih daun keladi.

Disertakan gambar yang sempat diambil pada jamuan hari itu.



Sajian
Air Minuman
Roti Jala
Di antara yang hadir termasuk kanak-kanak.
Puan Ramlah, Asyurahmah, Dr Zaiha dan Dr Nurulhuda
Hafiz, Wan Md Adnan, Asyurahmah, Adebah, Faridahani, Wan Lale, Ramlah dan Roslina.
Antara tetamu yang hadir.


AJK yang sempat bergambar: Duduk dari Kiri: Asyurahmah, Wan Hassan, Wan Md Adnan, Ramlah, Faridahani dan Adebah. Berdiri dari kiri: Roslina, Wan Laleyati, Ahamad, Mohd Hamdan.  tidak berada dalam gambar ialahPuan Zaimah, Fatimah, Dr Zaiha, dan Zulnaidah.