Sunday, July 14, 2019

Khidmat Masyararakat di Pulau Redang

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu (DMCT) telah mengadakan khidmat masyarakatnya di Kg Pulau Redang, Terengganu pada 13 Julai 2019 bertempat di Balairaya Kg Pulau Redang pada sebelah pagi.

Program ini dikendali bersama Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pulau Redang (MPKK).

Aktiviti yang diadakan ialah:

- saringan kesihatan seperti mengambil  berat badan, tekanan darah dan kandungan gula dalam darah.
- taklimat mengenai makanan sihat dan sebagainya.

Aktiviti ini bertujuan memberi kesedaran kesihatan terutama berkaitan dengan diabetes agar penduduk di sini berwaspada dan berjaga-jaga untuk mencegahnya dan bagi yang telah mengidapinya perlu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan.

Saringan telah diadakan terhadap  44 orang yang hadir (35 orang kampung dan 9  petugas). 35 orang kampung yang hadir yang terdiri daripada guru-guru, belia, imam dan warga mas. Mereka sangat teruja kerana saringan ini bukan saja melibatkan tekanan darah dan glukosa darah, tetapi sukatan berat badan dengan kandungan lemak serta penentuan umur biologi. Ada yang berumur 61 tahun, tapi sukatan berat dan lemak mendapati dia mempunyai umur biologi 55 tahun!

Rombongan DMCT telah menaiki bot dari jeti Kuala Terengganu menuju ke Pulau Redang sehari sebelumnya dan ianya diketuai oleh Pengerusi, Hj Wan Md Adnan. AJK yang bersama adalah  Ramlah Ali, Nurul Hidayah Othman, Arsurahmah Abdull Rahman (ketiga-tiganya adalah pakar pemakanan), Wan Laleyati, Zaimah Jusoh, Zulkafly Abas, Sudiman Yusof dan Yesmin Mohd Saleh.

DMCT mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama baik yang telah diberikan dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang bertugas  yang sanggup mengharungi lautan dan ombak untuk memberi khidmat. Pihak MPKK berterima kasih di atas khidmat yang diberikan dan berharap DMCT akan datang lagi secara berkala ke kampung ini.

Berikut adalah gambar kenangan untuk dikongsi pembaca.