Friday, July 5, 2013

What We Know About Diabetes

(Source: Personal Planner Diabetes Management System, Reader's Digest)

Diabetes adalah penyakit kronik dan jika anda mengidap diabetes jenis 2, anda bukanlah kesaorangan, jutaan yang mengidapinya di seluruh dunia. Ia bukan disebabkan mengambil terlalu banyak gula. Bagi jenis 2, penyelidikan telah menunjukkan baka (gene) dan kegemukan memainkan peranan. 90% pengidap jenis 2 adalah kerana kegemukan, berat badan berlebihan. Justeru, senaman dapat membantu menguruskan penyakit ini yang mana senaman yang dilakukan, membolehkan glukosa digunakan oleh otot-otot. Dengan menjaga glukosa dalam darah di paras normal, anda boleh mengurangkan risiko kesihatan seperti kerosakan saraf dan masalah penglihatan.





No comments:

Post a Comment