Tuesday, July 30, 2013

Pemerhatian Saringan Blood Glucose (27 Jun 2013)


Carta menunjukkan bilangan pelawat yang disaringkan berjumlah 98 orang, 52 lelaki dan 46 perempuan. Saringan dilakukan hanya 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12.00 tengahari. Catitan: Menegak ialah bilangan dan melintang ialah kumpulan umur.



Pemerhatian dari saringan ini ialah majoriti mempunyai blood glucose <6.5 mml/L. Dua lelaki mempunyai blood glucose melebihi >15.1 mml/L. Mereka yang kandungan gula dalam darah melebihi 11.0 dinasihat berjumpa pegawai kesihatan dengan segera. Nota: Menegak  ialah bilangan manakala melintang ialah julat dalam mml/L. Saringan tekanan darah dan pulse rate tidak disertakan di sini. BMI tidak dijalankan.

Daripada bilangan pelawat yang sanggup disaringkan blood glucose dan tekanan darah menunjukkan mereka benar-benar peka kepada kesihatan. Pihak Giant Hypermarket merakamkan ucapan terima kasih dan berharap Persatuan akan mengadakan lagi aktiviti seperti ini di masa depan.

No comments:

Post a Comment