Thursday, July 4, 2013

Borang Keahlian

Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu, anda boleh menggunakan borang ini dan menghantar kepada Persatuan di alamat tertera dengan bayarannya sekali. Nota: Ahli biasa RM10.00 setahun; ahli seumur hidup RM100.00; ahli bawah umur 18 tahun RM5.00 setahun. Anda tidak semestinya pesakit diabetes, dan kami mengalu-alukan anda menyertai Persatuan dan turut aktif menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan.

Anda mungkin bertanya apa faedah menjadi ahli? Jawabnya senang sahaja. Dengan menjadi ahli sekurang-kurang anda telah memberi sokongan kepada Persatuan ini untuk terus bergerak bagi mencapai visi dan misinya. Visi Persatuan ialah "We Lead the fight against diabetes in Malaysia" dan misi pula ialah untuk menggalak penjagaan diabetes melalui kesedaran, pengawalan, pendidikan dan pengurusan.

Selain itu, anda boleh menyertai taklimat dan aktiviti yang diadakan. Anda juga boleh membeli produk diabetes pada harga yang berpatutan (seperti kopi, susu, gula stevia,  dll untuk diabetics), serta mendapat peluang menyertai kem diabetes dan lain-lain lagi.

Berikut adalah borang yang dimaksudkan.


No comments:

Post a Comment