Sunday, December 21, 2014

Aktiviti DM Terengganu 2014 dan Cadangan 2015

Tahun 2014 adalah tahun DMCNT sangat aktif melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memberi pendidikan berterusan kepada masyarakat mengenai diabetes dan komplikasi, melalui saringan kesihatan dan syarahan.

Berikut adalah aktiviti yang dimaksudkan:

1. Saringan Kesihatan pada 12 April 2014 di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu sempena mesyuarat agung persatuan.
2. Mesyuarat Agung Tahunan ke 20 pada 12 April 2014 di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu.
3. Saringan kesihatan dan syarahan mengenai diabetes pada 17 Mei 2014  di Kg Alor Peroi, Kuala Besut dengan kerjasama JKKK Alor Peroi, Kuala Besut.
4. Saringan kesihatan dan syarahan diabetes dan pemakanan pada 24 Jun 2014 di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.
5. Menghadiri Persidangan Diabetes pada 20-22 Jun 2014 di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.
6. Menghadiri mesyuarat agung DM pada 22 Jun 2014 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur
7. Mengadakan Bengkel Diet pada 26 Ogos 2014 di Pusat Sains dan Kreaviti Negeri, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
8. Bersama dengan Manis FM, radio wilayah mengenai diabetes dan penjagaan makanan.
9. Kem Diabetes pada 18-20 Sept 2014 di Scouts Inn Resort, Kuala Terengganu.
10. Glucerna Challenge Me pada 23 Ogos 2014 dengan kerjasama Abbott Nutrition di Batu Buruk Beach Resort (BBBR), Kuala Terengganu.
11. Glucerna Challenge Me week 6 pada 28 Sept 2014 di BBBR, Kuala Terengganu.
12. Saringan Kesihatan dan syarahan diabetes, pemakanan dan senaman pada 8 Sept 2014 di JKR Daerah Kuala Terengganu.
13. Glucerna Challenge Me week 12 pada 1 Nov 2014 di BBBR< Kuala Terengganu.
14. Menganjur bersama  dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Seminar Pencegahan Diabetes pada 23 Nov 2014 di Perpustakaan Negeri Kuala Terengganu sempena sambutan hari diabetes sedunia.
15. Menyediakan khutbah jumaat mengenai diabetes dan diserah kepada Majlis Agama Islam Terengganu.

Aktiviti 2015 yang dirancang adalah tertumpu kepada 4 aktiviti asas iaitu:

1. Saringan Kesihatan
2. Kem Diabetes
3. Syarahan kepada pelajar sekolah rendah dan
4. Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada setiap November.

Menyentuh Kem Diabetes, hasil usaha gigih DMCNT dua tahun berturut-turut berjaya mengadakan kem diabetes dengan kerjasama pelbagai pihak dan mencapai kepuasan pelanggan, maka tahun 2015, penyertaan kem dibuka kepada semua ahli-ahli cawangan diabetes seluruh negara dan dijadualkan pada 22-24 Mei 2015 di hotel Batu Buruk Beach Resort  Kuala Terengganu.

Program Glucerna Challenge Me telah berjaya mencapai sasarannya dan 2 peserta dari Terengganu yang dapat mengurangkan HBA1C dengan peratusan 19% dan 15% ialah Puan Salbiah bt Zakaria dan Hj Wan Ahmad Ismail. Pihak Abbott akan menghantar hadiah yang dijanjikan tahun depan. Tahniah kepada mereka berdua. Hadiah akan disampaikan oleh Pengerusi DM Terengganu semasa Mesyuarat Agung Tahunan nanti.

Posting ini merupakan posting terakhir pada tahun 2014 dan kami berterima kasih kepada semua AJK DM CNT, Diabetes Malaysia (Ibu Pejabat),Hospital Sultanah Nur Zahirah, JKR Daerah Kuala Terengganu, Scout Inn Resort, Batu Buruk Beach Resort KT, Abbott Nutrition, Ultra works Sdn Bhd, Jabatan Kesihatan Negeri dan lain-lain lagi kerana sudi bekerjasama dengan kami di dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini.

Adalah diharapkan kerjasama seperti ini akan dapt diteruskan di masa depan.