Monday, April 13, 2015

Buku Memahami Diabetes-Panduan Mengurus Diabetes, Tip dan Kehidupan Yang lebih Sihat

Sebuah buku Memahami Diabetes telah diterbitkan pada bulan Mac 2015 oleh Telaga Biru untuk orang awam bagi memahami diabetes, komplikasi, dan tindakan untuk menguruskan penyakit ini.





Buku ditulis oleh Wan Hassan Wan Ismail, seorang pesakit diabetes  yang berusaha mengawal diabetesnya menggunakan pendekatan pemakanan dan senaman telah berjaya menurunkan berat badan sekali gus berjaya menurunkan HbA1C. Pengalamannya ingin dikongsi bersama pesakit yang lain dan juga mereka yang pra diabetes agar ia boleh dipulihkan.

Buku mempunyai 15 bab yang mempunyai 4 bahagian dan 171 muka surat. penuh dengan warna warni. Ia bermula dengan tajuk apa itu diabetes, tanda tanda,faktor risiko, hiperglisemia, hipoglisemia, komplikasi dan diikuti dengan Panduan mengawal diabetes, pemakanan sihat, Senaman, ubat-ubatan dan suplimen, Ia ditambah dengan bab lain seperti pemantauan klinikal, penjagaan kaki, penjagaanmata, penjagaan buah pinggang. manakala pentupnya ialah usaha pencegahan diabetes dan kesimpulan.

Buku ini sangat berguna kepada semua pesakit diabetes dan keluarga terdekat, mereka yang gemuk, mereka yang pra diabetes, mereka yang tidak bersenam, mereka yang tidak faham tatacara mengambil insulin,  pelajar di kolej perubatan, jururawat di hospital dan klinik kesihatan, perpustakaan dan orang awam.

Penyakit diabetes ini tidak berjangkit tetapi jika ia tidak dicegah ia akan melibatkan kesihatan orang awam terganggu dan kos rawatan akan terus meningkat. Justeru, pencegahan adalah lebih baik. Buku ini sudah tentu dapat membantu anda di dalam pencegahan diabetes di Malaysia.

Buku ini berharga hanya RM20.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM22.00 harga di Sabah dan Sarawak boleh didapati di kedai buku seperti MPH, Popular dan kedai buku utama berdekatan dengan anda. 

Sekiranya anda tidak nampak buku ini di rak-rak buku di kedai-kedai berkenaan, sila tanya pembantu kedai tentang tajuk buku dan penerbitnya.

Selamat Membaca dan mengamalkan tip yang diberikan.