Thursday, July 25, 2013

Penjagaan Kaki dan Simptom Kaki Diabetes


Penjagaan Kaki
  1. Periksa kaki setiap hari bagi mengesan sebarang keganjilan atau kecederaan.
  2. Basuh kaki anda dengan air sabun setiap hari.
  3. Keringkan celah jari kaki
  4. Periksa celah kaki jika terdapat pecah-pecah atau ulat air atau luka
  5. Penjagaan kulit kaki, sapukan losyen untuk mengelakkan kekeringan kulit dan urut kaki anda
  6. Penjagaan kuku, potong kuku dengan lurus mengguna pemotong kuku yang sesuai dan jangan potong terlalu pendek nanti ia akan mencengkam atau terpotong kulit
  7. Penggunaaan kasut yang sesuai: kusyen tapak lembut, mudah dilonggar, tidak mempunyai lapisan dalam yang keras dan elak pakai stokin yang boleh menyekat peredaran udara serta elak berkaki ayam.
Simptom Kaki Diabetes
  • Kebas
  • Terasa seperti kulit terbakar
  • Terasa seperti dicucuk jarum
  • Sakit bila berjalan dan sakit berkurangan semasa rehat
  • Gagal merasa adanya kaki semasa berjalan
  • Simptom bertambah teruk pada waktu malam
Jika kaki pesakit tidak dijaga dengan betul, ia akan mengakibatkan antaranya luka (ulser kaki), jangkitan, gangren dan amputasi.

Sumber: Garis Panduan Penjagaan Kaki bagi Pesakit Diabetes di Peringkat Komuniti, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dis 2012.









No comments:

Post a Comment