Friday, August 2, 2013

Diabetes Foot Ulcer Yang Mengerikan

Saya berkesempatan melihat seorang pengidap diabetes yang sedang menderita kerana diabetic foot ulcer (DFU). DFU ini menyerang pengidap diabetes tanpa belas kasihan akibat dari ketidak pekaan pesakit itu terhadap komplikasi diabetes yang dihidapinya.

Saya bertanya kepadanya berapa lama dia mengidap diabetes ini. Dia menjawab, dia mendapat penyakit ini sejak 10 tahun lalu ketika usianya baru 40 tahun.

Saya tanya lagi bagaimana boleh jadi begini hingga kaki kanannya teruk sekali. Dia menjawab," Dua bulan lepas, saya membeli jagung rebus yang masih panas. Saya letak dekat kaki saya ketika memandu untuk pulang ke rumah. Keesokan hari, kaki ini jadi gelembong."

Daripada penjelasan cikgu lelaki ini, saya pasti telah berlaku kerosakan saraf yang jelas kerana dia tidak rasa panas pun apabila kakinya tersentuh dengan jagung rebus yang masih panas itu. Kini padahnya sudah jelas.

Inilah komplikasi diabetes........

Tulang tumit kaki sudah  dapat dilihat dengan jelas.

Saya tertanya-tanya mengapa keadaan boleh berlaku? Di mana silapnya? Adakah pesakit tidak pantang dalam pengambilan makanan dan minuman, tidak makan ubat/cucuk insulin seperti diarahkan  atau pihak hospital tidak menasihatinya atau tidak mengesan pesakit telah mengalami kerosakan saraf yang teruk dan memberi kaunselling secukupnya?

Bagi mereka yang belum mengidap penyakit ini, bersyukur kepada Tuhan. Jaga makan, utamakan sayuran, ikut panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sentiasa bersenam dan elak stres yang berpanjangan.

Bagi mereka yang sudah mendapat diabetes, anda boleh mengurusnya dengan pengambilan makanan yang disyor oleh dietician, bersenam (berenang, berjalan pantas, naik turun tangga berkali-kali, aerobic, menyapu sampah, basuh kereta dan lain-lain lagi). Dapatkan pemeriksaan mata, gigi,  darah (blood glucose, lipid, kolesterol dll), kaki  secara berkala. Sentiasa periksa blood glucose dan berusaha untuk mencapai tahap blood glucose yang unggul. Tindakan ini bukan saja bergantung kepada ilmu dan maklumat yang telah diperolehi tetapi juga disiplin diri yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment