Monday, September 8, 2014

Saringan Kesihatan dan Ceramah

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu telah mengadakan saringan kesihatan dan ceramah di pejabat JKR Daerah Kuala Terengganu pada 8 September 2014 bermula dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini adalah di atas undangan pihak JKR kepada DM untuk memberi ceramah dan saringan kesihatan.

Pasukan saringan telah memulakan tugas pada 8.00 pagi. Saringan tekanan darah, glukosa darah, berat dan tinggi dan BMI  telah dilakukan terhadap 71 kakitangan yang hadir dan proses ini berakhir pada 9.05 pagi.

Setelah sarapan pagi selesai, ceramah 1 mengenai pra diabetes, diabetes dan komplikasi telah diberi oleh Dr Zaiha Harun, diikuti oleh ceramah 2 mengenai diet oleh Hjh Ramlah bt Ali (pakar pemakanan) dan seterusnya ceramah 3  mengenai senaman oleh Amirol Afiq bin Lokman (fisioterapis).

DMCNT berterima kasih kepada semua penceramah yang telah dapat memberi maklumat dan pengajaran yang baik kepada peserta-peserta.

DMCNT juga berterima kasih kepada JKR Kuala Terengganu di atas kerjasama yang diberikan kepada DM. AJK DMCNT berterima kasih kepada AJK yang datang untuk melaksanakan tugas yang murni ini. AJK yang dimaksudkan ialah Hj Wan Md Adnan (Pengerusi), Dr Zaiha (Timbalan), Wan Hassan (setiausaha), Hj Ahamad Ismail (bendahari), Hjh Ramlah Ali, Sr Adibah Idris, Ahmad Zailani Nawang, Zaimah bt Jusoh dan Wan Laleyati Wan Kamarudin.

Peserta berbaris menunggu giliran

Saringan kesihatan sedang dijalankan

Saringan kesihatan
 Jurutera Daerah memberi ucapan 

Pengerusi DMCNT memberi kata-kata aluan

Peserta
Peserta sedang mendengar ceramah

Peserta

Peserta

Penceramah 2 Puan Ramlah


DM Cawangan Negeri Terengganu berharap perkongsian ilmu kesihatan seperti ini dapat diadakan dengan pejabat-pejabat lain bagi memberi kesedaran secara berterusan mengenai kesihatan kepada kakitangan mereka.



No comments:

Post a Comment