Tuesday, August 26, 2014

Bengkel Diet

Bengkel Diet telah berjaya diadakan pada 26 Ogos 2014, sehari suntuk seperti dirancangkan. Bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Negeri, Padang Hiliran Kuala Terengganu, bengkel ini disertai oleh 30 peserta.

Tujuan bengkel diadakan ialah untuk mendidik peserta memahami kesan pemakanan yang tidak dikawal ke atas kesihatan, memberi tunjukajar  memilih diet yang sihat serta memberi panduan kepada peserta dalam melakukan kegiatan fizikal.

Tiga penceramah utama telah memberi ceramah: Diabetes , faktor penyebab dan komplikasi oleh Dr Zaiha Harun, nefrologis dari HSNZ; Diet bagi pesakit diabetes oleh Dietitian Cik Nurul Hidayah dari KK Bukit Payong dan Kepentingan aktiviti fizikal bagi pesakit diabetes oleh Puan Ida Kartini Pengarah Jabatan Fisioterapi HSNZ.

Semua peserta disaring kesihatan tiga kali: sebelum sarapan, dua jam selepas sarapan dan dua jam selepas makan tengah hari. Saringan kesihatan juga disertai oleh pelajar UCSI university dari Cawangan Marang. 100% peserta mempunyai BMI >23. Kebanyakan iaitu >80%  obes. Justeru usaha menurunkan berat badan merupakan isu yang harus ditangani.

Pre-test dan post test juga diadakan bagi memastikan tingkat pemahaman peserta selepas berbengkel.

Di sebelah petang, peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan bagi melakukan healthy shopping di supermarket. Dalam proses membeli belah itu, peserta diberi sejumlah wang dan diminta menjawab beberapa soalan mengenai label makanan dan diberi masa untuk menyediakan sajian untuk minum petang.

Keseluruhan program telah berjaya dilaksanakan yang mana objektifnya telah dapat dicapaikan dan peserta juga berpuas hati.

DM Cawangan Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penceramah (Dr Zaiha Harun, Nurul Hidayah Othman dan Ida Kartini Othman), semua dietitian yang bertugas (Puan Hjh Ramlah, Cik Nurul, Puan Faizah Nor, Puan Sheeda, Puan Nora, dan Puan Kartini), AJK DM (Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Pen.Setiausaha, Bendahari dan semua health screening team (Ahmad Zailani, Wan Lelayati, Adebah, pelajar UCSI universiti ) serta semua peserta yang telah mengambil bahagian yang aktif di dalam menjayakan bengkel ini. DM juga berterima kasih kepada Puan Ramlah Ali Pengarah Dietetik dan Sajian HSNZ kerana begitu kreatif di dalam memperkenalkan acara Healthy Shopping kepada peserta. Ternyata semua peserta begitu seronok mengikut acara ini.

Insya Allah, bengkel seperti ini akan diadakan di masa yang lain pula bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak diberi kesempatan untuk menyertainya pada kali ini.

Berikut gambar-gambar pilihan yang sempat dirakamkan.

Duduk: Wan Laleyati, Nora, Kartini, Faizah Nor, Sheeda dan Nurul hidayah. Berdiri dari kiri: Ahmad Zailani, Hj Ahamad, Adibah, Wan Hassan, Wan Md Adnan, Hj Sudiman dan Hj Ramli

Peserta Bengkel

Health screening

Health screening

Pre-test

Health screening

Meneliti label 

Meneliti label minuman

Pendaftaran

Mencari bahan

Kaunter khas no 18 disediakan oleh Giant untuk peserta membayar belian mereka
Pn Kartini sedang menghakimi menu yang disediakan

Nurul Hidayah memberi ceramah mengenai diet

Ceramah mengenai senaman
Berjalan ke Giant supermarket


Perbincangan berkumpulan
Meneliti label

Cenderahati kepada penceramah
Hadiah kepada peserta

Cenderahati kepada penceramah
Penghakiman terhadap penyediaan menu hidangan oleh Pn Sheeda




Tempat ketiga

Tempat kedua
Tempat keempat

Tempat kelima

Tempat pertama
Dietitian yang bertugas (Duduk: Puan Ramlah, Puan Sheeda; berdiri: Puan Nora dan Cik Nurul; tidak ada dalam gambar dietitian Faizah Nor dan Kartini )







No comments:

Post a Comment