Saturday, September 20, 2014

Kem Diabetes 18-20 Sept 2014

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu telah melaksanakan (menganjurkan) aktiviti Kem Diabetes bertempat di Scout Inn Resort, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu pada 18-20 September 2014.

Kem ini dihadiri oleh > 40 peserta dari pelbagai jabatan kerajaan dan orang awam dari pelbagai kumpulan umur.

Di Kem ini, peserta didedahkan kepada pelbagai ilmu mengenai diabetes dan pengurusannya. Ceramah yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Pra Diabetes, Diabetes dan Komplikasi diberi oleh Dr Wan Mohd Razin Wan Hassan dari UniSza, Kuala Terengganu, ahli DM Terengganu..
  • Diabetes dan Ubatan oleh pegawai farmasi HSNZ Noor Radhiah Abd Rahman
  • Pemakanan Sihat dan Pengiraan Kalori oleh pegawai dietetik HSNZ Puan Ramlah Ali, ahli DM Terengganu.
  • Senaman dan Diabetes oleh fisioterapis, Puan Hamidah Mustopha, ahli DM Terengganu.
  • Diabetes dan Penjagaan Kaki oleh pakar ortopedik HSNZ Dr Ahmad Tajudin Abdullah, ahli DM Terengganu
  • Diabetes dan Mata oleh optalmologi HSNZ, Dr Nor Anita Che Omar dan
  • Pemantauan Diabetes oleh Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu
Di Kem ini juga, diadakan pemeriksaan kaki bagi mengetahui sensitiviti  kaki menggunakan kaedah manual dan mesin biothesiometer. Peserta didedahkan dengan cara-cara menjaga kaki  oleh Ketua Jururawat, Adebah Idris, AJK DM Terengganu. 

Dialog bersama pakar juga diadakan yang mana peserta boleh bertanya soalan kepada pakar nefrologi (pakar buah pinggang) Dr Zaiha Harun (Timbalan Pengerusi DM Terengganu).

Tidak ketinggalan juga, peserta diberi ujian pre test dan post soalan mengenai diabetes, dan perkara yang berkaitan. Peserta juga dipecahkan kepada 4 kumpulan dan masing-masing kumpulan dikehendaki membuat persembahan mengenai tajuk yang diberikan dan dihakimi oleh peserta-peserta sendiri. 3 kali saringan kesihatan telah dibuat terhadap semua peserta dan dua kali senaman pagi diadakan dan senaman dikendalikan ahli fisioterapis Puan Hamidah.

Satu keistimewaan kem pada kali ini ialah pihak penganjur menyediakan perkhidmatan pegawai dietetik yang memberi panduan kalori kepada setiap sajian semasa kursus di sini. Setiap menu telah diberi bilangan kalori agar peserta mempelajari berapa kalori makanan yang dihidangkan. 

Daripada maklumbalas peserta selepas kursus, mereka memberi rating yang tinggi kepada semua ceramah dan pengurusan kem ini dan berharap agar kursus seperti dapat dilakukan dengan kerap. Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta, semua penceramah, fasilitator, kumpulan saringan kesihatan, pegawai dietetik, pengurusan Scout Inn Resort, dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Banner
Peserta dan Urus setia
Taklimat Urus setia
Dialog bersama Pakar
Dr Zaiha dan Dr Nor Anita
Perbincangan berkumpulan
Senaman Pagi
Peserta asyik mendengar ceramah


Menu dan kalori


Pembentangan berkumpulan

Penceramah 1
Health screening

Model kaki untuk tujuan demonstrasi penjagaan kaki

Pembentangan 

Pembentangan

Bincang

Ceramah  oleh Puan Ramlah
Makanan semasa kursus

Dewan Makan
Ceramah oleh Puan Hamidah
Peserta
Ucapan Penutup dari Pengerusi DM


No comments:

Post a Comment