Sunday, September 21, 2014

Menu Sihat di Kem Diabetes Pencetus Perubahan Budaya Makan

Buat julung-julung kali, Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu telah memperkenalkan dan mempamerkan bilangan kalori dalam sajian semasa berkursus.

Setiap hari, setiap menu untuk sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam disedia dipamerkan jumlah kalori. Ini bertujuan untuk memberi pelajaran dan maklumat kepada semua peserta bahawa jumlah atau contoh makanan di depan mereka mempunyai kalori yang berbagai.

Mereka diajar untuk sentiasa berwaspada kepada pengambilan kalori yang berlebihan yang akan menaikkan berat badan mereka. Di dalam kelas, peserta diajar tentang mengira berat badan unggul, jumlah kalori yang diperlukan oleh individu dalam sehari (berpandukan kepada aktiviti dan berat badan), mengira jumlah karbohidrat yang perlu diambil (50%) dalam sehari, serta mengira pertukaran.

Menu

Dewan makan yag selesa semasa berkursus

Minum pagi

Menu Makan

Menu Minum Petang

Menu Makan  Tengah hari

Menu minum pagi- ada pilihan.

Maklumat: 1 ekor ikan goreng 240 kalori.....

Sayuran- satu kemestian untuk penghidap diabetes

Sop sayur



Perbincangan peserta dengan pegawai dietetik, Cik Nabila

Ramai peserta didapati keliru dengan jenis makanan dan porsi  yang patut diambil. Melalui kursus ini, beberapa mitos (silap anggapan) mengenai makanan dapat diperbaiki. Sebagai contoh, "saya kena makan gula juga, jika tidak, saya rasa lemah tidak bertenaga". Sebenarnya kita tidak perlu makan gula kerana makanan kita seperti nasi, ubi, buahan-buah sudah mempunyai gula di dalamnya. Yang penting, makanlah makanan itu ikut sukatan. Jika kita tidak cukup karbohidrat, sudah tentu kita tidak mempunyai tenaga mencukupi.

Daripada penyediaan menu yang mempamerkan kandungan karbohidrat dan kalori, saya dapat rumuskan bahawa apa yang majoriti kita makan adalah berlebihan dari apa yang sepatutnya. Kita terlebih makan. Budaya lebih makan ini sudah berlaku sejak kita kecil lagi. Dan bila ilmu dan maklumat baru diberitahu atau dikongsi, kita rasa..oooiiii, sukar nak tukar. Saya percaya, jika kita komited untuk menukar budaya makan berlebihan ini, kita kena kuat semangat dan berazam untuk berubah dan menukar budaya makan yang tidak sihat demi kebaikan kesihatan kita dan generasi akan datang. Makanlah mengikut keperluan bukan ikut nafsu makan, makanlah mengikut porsi yang sepatutnya bukan hentam keromo sahaja, ikut konsep pinggan sihat yang mana 1/2 drp pinggan adalah sayuran, 1/4 lauk dan 1/4 nasi, makanlah ikut waktu makan dan jangan skip makan 3 waktu yang penting iaitu sarapan (6-8 pagi), makan tengah hari (12-2 ptg) dan makan malam (6-8 malam).

No comments:

Post a Comment