Friday, August 9, 2013

Blood Glucose Meter

Blood Glucose Meter, juga dikenali sebagai glucometer ialah alat yang digunakan bagi menyukat kandungan glukosa dalam darah seseorang. Bagi mendapatkan setitik darah dari seseorang untuk tujuan ini, jari telunjuk akan dicucuk dengan jarum khas bagi mendapatkan darah. Darah ini akan di masukkan dalam strip yang telah dimasukkan dalam meter tersebut. Selepas beberapa saat, bacaan dibuat oleh meter ini dan keputusan diperolehi.

Contoh glucometer  set. Dari kiri: strip, lancet dan meter.

Di dalam pasaran memang terdapat berbagai jenis glucometer ini dengan harga yang berbeza-beza. Yang penting ialah meter yang boleh memberi bacaan yang tepat serta tahan lama dan strip yang harganya rendah.

Bagi pengidap diabetes, dinasihatkan anda semua mempunyai sebuah glucometer dan peranti (jarum, lancet, alcohol swab dan strip) bagi menjalankan aktiviti menyukat kandungan glukosa dalam darah pada waktu-waktu tertentu.

No comments:

Post a Comment