Thursday, April 14, 2016

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 Peringkat Negeri Terengganu

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 Peringkat Negeri Terengganu telah disambut pada 14 April 2016 di Dewan Teknologi Pendidikan, Marang Terengganu. Ianya dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu. Majlis bermula dari jam 8.30 pagi hinggalah 1.00 tengah hari.

Lebih dari 500 peserta hadir untuk bersama menyambut hari kesihatan ini. Ianya dimulakan dengan ceramah pemakanan sihat, pencegahan diabetes dan perang terhadap tibi. Ceramah ini disampaikan oleh dietitian, endokrinologis dan pegawai perubatan. Selepas itu barulah ucapan aluan dari Pengarah Kesihatan Negeri Terenggau, Dr Hj Mohamad bin Omar dan diikuti oleh YB Dato Hj Muhammad Pehimi Yusof dan seterusnya merasmikan majlis sambutan hari kesihatan sedunia.

Di dalam ucapan Pengarah, dikatakan perangkaan terkini mendapati pesakit diabetes sudah meningkat kepada 17.5% daripada penduduk Malaysia yang berusia > 30 tahun.

Di dalam masa yang sama, di luar dewan terdapat berbagai kiosk pameran seperti ubatan-ubatan, pencegahan diabetes, pemakanan sihat, derma organ, pendidikan pergigian, gaya hidup aktif (guna peralatan senaman) serta pertandingan masakan sihat. Saringan kesihatan juga diadakan dan ianya dijalankan oleh kumpulan sukarelawan dari kampung yang telah diberi latihan.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu juga telah mempamerkan aktiviti persatuan di kiosk pameran dan membuat promosi buku Memahami Diabetes-Panduan Mengurus Diabetes, Tip dan Kehidupan Yang Lebih Sihat karangan Wan Hassan Wan Ismail dari DMCT.

DMCT telah menerima sijil penghargaan daripada YB Dato Hj Muhammad Pehimi kerana menjayakan Sambutan ini. Juga dimaklumkan hanya satu NGO sahaja iaitu Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu kali ini yang diberi penghormatan oleh pihak penganjur (Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Marang) untuk turut sama dalam majlis ini.

Kami berterima kasih kepada Bahagian NCD Jabatan Kesihatan Negeri di bawah kelolaan Dr Fatimah bt Muda kerana memberi kepercayaan kepada DMCT.

Semasa rombongan VIP melawat kiosk pameran DMCT, buku Memahami Diabetes telah mendapat perhatian. YB Dato Hj Muhammad Pehimi  membeleknya dan bertanya soalan samada ianya telah disemak oleh para doktor. Pengarangnya  telah menjawab bahawa manuskripnya telah disemak oleh para doktor, dietitian, pakar mata, pakar buah pinggang, pegawai farmasi dan lain-lain.  Selepas itu, YB Dato terus membuat promosi agar buku ini dibaca oleh masyarakat awam.

Berikut disertakan gambar gamabr yang sempat dirakamkan:


Pentas Majlis Sambutan
Dr Fatimah Muda (NCD Director)  diapit oleh rakan-rakannya.

Bahan pameran

Kiosk pameran

Pertandingan Masakan Sihat

Rempah ratus disedia dalam Pertandingan Memasak

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri diberi penerangan

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu mendapat penghargaan daripada YB EXCO Kesihatan Negeri
Buku Memahami Diabetes dipamer kepada orang awam.

YB Dato Hj Pehimi membelek buku Memahami Diabetes



Majlis ini juga dirakam oleh jurukamera Radio Television Malaysia
Pemeriksaan kaki mengguna mesin biothesiometer

1 comment: