Saturday, April 2, 2016

Puasa Ramadan

Bagi pesakit diabetes, puasa Ramadan hendaklah dilakukan secara berhemah. Jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada pesakit seperti hypoglasemia dan sebagainya. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan panduan "Practical Guide to Diabetes Management in Ramadan" .

Di dalam panduan ini dinyatakan kumpulan berisiko, masa menyukat glukos darah, bila puasa boleh ditamatkan dan perubahan kepada gaya hidup, pemakanan dan senaman.

4 kategori kumpulan berisiko: very high risk, high risk, moderate risk dan low risk. Apa yang dimaksudkan oleh jenis jenis risiko tersebut?


Very High Risk: mereka yang mempunyai sejarah komplikasi teruk sebelum berpuasa, hadapi hypoglasemia teruk, ketoacidosis, hyperglasemia, sakit, mengandung, kegagalan buah pinggang, kawalan glukosa darah yang teruk (HbA1c >9%).


High Risk: hypoglasemia  sederhana, kegagalan buah pinggang, hidup sendirian (dan mengambil insulin), mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, orang tua dan sebagainya.


Moderate Risk: well controlled diabetes treated with short acting insulin secretagogues.


Low Risk: well controlled diabetes treated with lifestyle therapy, metformin, acarbose, thiazolidinediones, and/or incretin based therapies in other healthy patients.


Pesakit dinasihatkan menyukat glukosa darah terutama yang mendapat rawatan insulin: Mid day, pre iftar, 2 jam selepas iftar/bedtime, pre sahur and 2 jam selepas sahur.


Bila puasa perlu ditamatkan? Berikut keadaan keadaan yang dinasihatkan pesakit berbuka puasa bagi mengelakkan risiko.



  • glukosa darah <3.3 mmol/L pada bila bila waktu berpuasa
  • glukosa darah <3.9 mmol/L pada awal berpuasa terutama pada pesakit yang mengambil ubat sulfonyureas, meglitinides atau insulin
  • glukosa darah >16.7 mmol/L
  • mengalami hypoglasemia
  • mengalami simptom dehidrasi teruk.
Bagaimana pula dengan gaya hidup, pemakanan dan senaman semasa berpuasa?
  • Jangan tinggalkan sahur. Sahur hendaklah mempunyai makanan seimbang dengan karbohidrat dan diambil sebelum imsak bagi mengelak berpuasa panjang. Ini bermakna pesakit dinasihat mengambil sahur lewat dekat dengan waktu imsak.
  • Jangan lewatkan berbuka puasa. Hadkan pengambilan makanan manis dan bergula. 1-2 biji kurma sudah mencukupi.  Selepas berbuka ringkas, laku solat maghrib dan selepas itu barulah makan macam biasa.
  • Masukkan buah-buahan dan sayuran semasa sahur dan berbuka.
  • Hadkan pengambilan makanan bergoreng
  • Hadkan pengambilan makanan bergaram
  • Pastikan minum 8 gelas air putih
Senaman?
  • Lakukan senaman ringan sahaja
  • Boleh dilakukan selepas berbuka
  • Sebaik-baiknya lakukan solat terawih kerana disamping mendapat pahala solat juga merupakan pergerakan fizikal yang boleh membakar kalori makanan yang telah diambil waktu berbuka puasa tadi.
Ubat-ubatan ?

Dapatkan nasihat doktor sebelum tibanya Ramadan mengenai masa mengambil ubat atau suntik insulin. .


No comments:

Post a Comment