Saturday, April 16, 2016

DMCT menerima Sijil Penghargaan

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DMCT) telah menerima Sijil Penghargaan kerana aktif di dalam menjalankan aktiviti termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di dalam menjayakan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 pada 14 April 2016 yang lalu.

Sijil itu disampaikan oleh YB Dato Hj Muhammad Pehimi bin Yusof, EXCO Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri kepada Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu semasa pelancaran Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu pada 14 April 2016 di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu, Marang. Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, kepimpinan daerah Marang, jabatan jabatan kerajaan, wakil dari klinik kesihatan dan hospital seluruh Terengganu dan beberapa sekolah dari daerah Marang.

Di luar dewan, DMCT mengadakan pameran aktiviti DMCT seperti menjalankan pemeriksaan kesihatan di pasaraya dan kampung, mengadakan kem diabetes bagi orang awam, menjalankan ceramah dan kursus kepada jabatan kerajaan yang berminat, menerbitkan buku diabetes dan sebagainya.

DMCT juga berharap pihak berkuasa negeri dapat bekerjasama dengan persatuan bagi memberi pendidikan berterusan kepada masyarakat bagi mengelak penyakit diabetes ini dari menular tanpa sekatan dan batasan.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Lawatan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ke pameran.

Buku Memahami Diabetes dipamerkan untuk pengetahuan awam.
Aktiviti DMCT

DMCT menerima sijil penghargaan
YB Dato Muhammad Pehimi membelek buku Memahami Diabetes, manakala Pengarah Kesihatan Negeri  juga berbuat demikian. Manakala Pegawai Daerah Marang (kanan) memperhatikan.


Pihak DMCT mengucap ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu  kerana menganugerahkan sijil penghargaan ini kepada DMCT, satu-satunya NGO yang aktif bergerak memerangi diabetes di negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment