Friday, April 1, 2016

Mesyuarat Agung DM Cawangan Besut

Mesyuarat Agung Tahunan DM Cawangan Besut telah diadakan di Balai Raya Alor Peroi, Kuala        Besut pada 31 Mac 2016 jam 2.30 ptg. Mesyuarat dihadiri oleh lebih dari 40 ahli-ahli yang berdaftar.
 Mesyuarat dirasmikan oleh Pengerusi DM Cawangan Terengganu, Hj Wan Md Adnan bin Wan  Ismail.  Pengerusi DM Cawangan Besut, Hj Sudiman Yusof mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli.  Penerangan kepentingan stevia dalam memberi alternatif kepada pengambilan gula putih turut  diadakan.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan.
Pengerusi DMCT (kiri) dan Pengerusi DM Besut (kanan)
Pendaftaran Mesyuarat
Hadiah dan Iklan Stevia
Saringan Glukos Darah
Ahli ahli yang hadir
Ahli ahli
Sebahagian ahli ahli yang hadir


Kami dari DM Cawangan Terengganu mengucapkan syabas kepada DM Cawangan Besut kerana berjaya menjayakan mesyuarat agung tahunan mereka.



No comments:

Post a Comment