Thursday, August 7, 2014

Program "Glucerna Challenge Me" di Kuala Terengganu

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu bersama dengan Abbott Nutrition akan mengadakan 3 bengkel untuk dapatkan saringan kesihatan percuma, kaunseling dan pelbagai aktiviti menarik dengan pakar kesihatan.

3 bengkel ini akan diadakan pada 23 Ogos, 27 Sept dan 1 November 2014 di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu.

Target peserta ialah mereka yang gemuk (BMI > 25) dan mempunyai glukosa darah HbA1c >6.5% dan boleh menghadiri ketiga-tiga bengkel pada tarikh yang ditetapkan. Sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat boleh mendaftar dengan urus setia sebelum 15 Ogos 2014. Ia bertujuan untuk membantu pesakit diabetes di dalam menguruskan badan dan menurunkan glukosa darah.




No comments:

Post a Comment