Saturday, August 2, 2014

Pemberitahuan : Bengkel Diet Anjuran DM Cawangan Negeri Terengganu

Satu Bengkel Diet akan diadakan selama satu hari pada 26 Ogos 2014 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Ia dianjurkan oleh Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ia bertujuan memberi kefahaman kepada peserta mengenai label makanan yang dijual di pasaraya, makanan mana yang meningkatkan glukosa darah serta membantu peserta di dalam merancang aktiviti bagi mengekal unggul badan yang normal.

Bengkel ini dimulakan dengan saringan glukosa diikuti oleh sarapan, ceramah 1 (diabetes, penyebab dan komplikasi), ceramah 2 (Diet bagi pesakit diabetes), diadakan ujian darah sekali lagi dan diikuti oleh ceramah 3 (senaman).

Pada tengahari diadakan makan tengah hari dan rehat. Kemudian sebelah petang akan diadakan healthy shopping (1.5 jam sahaja) di Giant Supermarket yang berdekatan.

Masuk percuma. Tarikh tutup 14 Ogos 2014. Sila hubungi urusetia 01110673038 untuk keterangan lanjut.


No comments:

Post a Comment