Thursday, June 20, 2013

SARINGAN GLUKOSA DARAH DI SUPERMARKET GIANT KUALA TERENGGANU PADA 29 JUN 2013 JAM 10.00 PG-12.00 TGHARI

Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu dengan kerjasama GIANT Supermarket, Padang Hiliran Kuala Terengganu ingin memaklumkan kepada orang Terengganu bahawa kerja amal persatuan akan diadakan di GIANT pada hari Sabtu, 29 hb Jun 2013 dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Orang ramai dijemput menyertai kempen mencegah diabetes dan Persatuan akan membuat saringan glukosa darah secara PERCUMA. Daripada saringan ini, anda akan mengetahui samada anda mempunyai ciri-ciri diabetes atau sebaliknya. Datanglah beramai dan menyokong usaha murni Persatuan ini.

Bagi para dermawan dan pihak korporat, bolehlah menderma kepada tabung Persatuan.Kami mengalu-alukan sumbangan anda. Segala sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Persatuan bank Hong Kong and Shanghai Bank  PDM TR HSB 332 0854 22001.

Those who wish to donate to the association (non-governmental dan non-profit organisation) may do so and please bank in  your donation to bank Malaysian Hong Kong and Shanghai Bank  PDM TR HSB 332 0854 22001. Thank you.

Visi Persatuan: We lead the fight against DIABETES in Malaysia. 

No comments:

Post a Comment