Friday, June 28, 2013

Saringan Glukosa dan Tekanan Darah Anjuran Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan kerja amal iaitu menjalankan saringan glukosa dan tekanan darah kepada pengunjung Giant Hypermarket Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 29 Jun 2013 antara jam 10.00pg-12.00 tengahari.

Dalam masa dua jam beroperasi,  ahli-ahli persatuan telah membuat saringan terhadap 98 orang awam secara PERCUMA. Sambutan sangat menggalakkan. Lima puluh dua orang  lelaki dan empat puluh enam orang wanita telah dibuat saringan. Jika (glycemic control) 2 jam selepas makan melebihi 8 mmol/L yang disasarkan, maka terdapat 10 orang lelaki (10.2%) dan  2 orang wanita (2%). Bacaan untuk lelaki yang paling tinggi ialah 25.3 mmol/L (1 orang, umur 32 ) dan bacaan tertinggi bagi wanita ialah 12.9 mmol/L (umur 57).

Angka juga menunjukkan mereka yang berumur lebih dari 50 tahun mempunyai bacaan gula dalam darah yang melebihi ketetapan yang disasarkan. Justeru, kita kena peka kepada perkara ini dan berusaha mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang tinggi bacaan glucometer, kita menasihati mereka berjumpa doktor secepat mungkin.

Saringan ini juga memberi kesedaran kepada orang awam tentang kesihatan terutama kandungan gula dalam darah yang membawa penyakit diabetes.

Persatuan berterima kasih kepada ahli-ahli menjalankan tugas secara sukarela ini.








No comments:

Post a Comment