Friday, June 21, 2013

Kem Diabetes Terengganu 2013 (Pemakluman)

Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan Kem Diabetes pada 30,31 Ogos dan 1 Sept 2013 bertempat di Hotel Pengakap, Telaga  Batin, Kuala Terengganu.

Program 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mendedahkan maklumat terkini mengenai rawatan dan penjagaan pesakit diabetes oleh health professionals seperti pegawai perubatan, dietician, orthopedic dan farmasi.

Di antara highlight kem ini ialah pemeriksaan dan penilaian kaki, screening glukosa darah (4kali), ujian mata, diabetes komplikasi dan kawalan, diet yang ideal untuk pengidap diabetes, senaman yang bersesuaian, pengambilan insulin, diamacron,metformin, glicazide dll, apa yang kita perlu tahu tentang HbA1C, ujian kaki, hypoglycemia dan hyperglycemia serta gula alternatif.

Memang berbaloi kalau ahli mengambil kesempatan hari cuti ini untuk mendapat maklumat disamping dapat dibuat screening darah oleh para health professionals.

Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM140.00 seorang dan bagi ahli Persatuan, yuran dikenakan RM100.00.

Mereka yang berminat, sila mendaftar cepat kepada Urusetia dengan menghubungi Persatuan ( Hj Ahamad 013-9303037) sebelum 5 Ogos 2013. Tempat adalah TERHAD.

No comments:

Post a Comment