Saturday, February 7, 2015

Gotong Royong Bersih Pejabat

Pada hari Sabtu pagi (7 Feb 2015), beberapa ahli jawatankuasa telah memulakan kerja gotong royong membersihkan pejabat. Kerja-kerja tersebut termasuklah mengelap tingkap, membersih sinki, mengganti langsir, mengubah perletakan perabut dan sebagainya, Mereka yang hadir termasuklah Puan Adibah, Pn Roslina, Puan Najmi, Puan Zaimah, Hj Ramli, Wan Hassan dan Wan Md Adnan.

Selain mengerjalan pembersihan, perbincangan kecil turut diadakan bagi tujuan persiapan mesyuarat agung tahunan minggu depan.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi datang dan menjayakan gotong royong tersebut.

Berikut adalah 4 keping gambar.





No comments:

Post a Comment