Saturday, February 14, 2015

Penyampaian Hadiah kepada Ahli dan Sumbangan DM

Pada 14.2.2015 jam 10.00 pagi, Diabetes Malaysia Terengganu mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada dua pemenang sagu hati program Glucerna Challenge yang telah dijalankan pada tahun 2014.Hadiah tersebut adalah sumbangan Abbott Nutrition.

Majlis ini diadakan di Dewan Mayang Sari, Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh 70 ahli dari seluruh negeri.

Hadiah berupa 2 tin susu Glucerna dan sebuah pedometer kepada setiap pemenang telah selamat disempurnakan oleh Tuan Pengerusi DM Terengganu Hj Wan Md Adnan.

Pemenang pertama ialah Puan Salbiah Zakaria dan pemenang kedua Hj Wan Ahmad bin Ismail.

Puan Salbiah (berdiri kiri) menerima hadiah dari Puan Ramlah dan disaksikan oleh Tuan Pengerusi DM Terengganu.

Hj Wan Ahmad Ismail menererima hadiah dari Tuan Pengerusi DM Terengganu.
Di dalam majlis ini juga, DM Terengganu juga menyampaikan bantuan peralatan kepada adik Mohamad Faiz Farhan Che Hassan (17 tahun). Bantuan ini adalah dari tabung Children Fund kelolaan DM ibu Pejabat. DM Terengganu hanya menyampaikan bantuan kepada mereka yang terpilih. Adik Mohamad Faiz menerima Contour Plus Meter, 4 kotak test strips, 1 kotak microlet lancet dan 1 kotak Ypsome Needles.

Hj Sudirman (kiri)  menerima sebahagian dari bantuan.


Hadiah ini diserah kepada Hj Sudiman Yusof untuk diserahkan kepada Mohamad Faiz Farhan.

Inilah sebahagian aktiviti DM Terengganu di dalam mendekatkan persatuan dengan orang awam serta memupuk semangat ahli-ahli agar sentiasa berwaspada tentang diabetes dan cara mengurusnya.

No comments:

Post a Comment