Sunday, November 12, 2017

Awas, ini bukan ubat mengurus diabetes!

Akhir-akhir ini, banyak produk kesihatan yang dikeluarkan di Malaysia dalam pelbagai bentuk (cecair, sachet, minuman kesihatan, sembur-sembur dan sebagainya)  yang dijual di merata tempat termasuk secara dalam talian. Mereka mendakwa produk mereka dalam membantu merawat penyakit dengan mengheret Kementerian Kesihatan Malaysia yang kononnya memperakukan melalui surat bernombor  tertentu. Pihak Penguatkuasaan Farmasi KKM telah banyak bertindak terhadap produk yang berbahaya kepada orang ramai kerana terdapat barang larangan seperti racun berjadual di dalamnya.

Poster ini menceritakan produk produk yang tidak boleh diambil atau digunakan oleh orang awam dan telah disahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.







Namun ada satu lagi produk yang dijual di pasaran Malaysia (gambar di bawah) yang telah memperdayakan orang awam  melalui pengiklanannya untuk mengubati diabetes dan mengatakan ialah diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengikut Garis Panduan Klinikal mengenai pengurusan diabetes, produk ini tidak disenaraikan di dalamnya. 

Ada pesakit diabetes yang menggunakan semburan ini terpaksa dibawa ke hospital kerana keletihan setelah menggunakan produk ini. Pakar endokrin juga mengatakan produk ini bukan ubat dan tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan diabetes. 





Justeru, anda yang membaca berita ini, haruslah berwaspada terhadap lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran. Dapatkan kesahihan dari pihak berwajib seperti bahagian penguatkuasaan farmasi di pejabat kesihatan negeri masing-masing atau merujuk terus kepada bahagian farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Rujuk kepada pakar-pakar berkaitan dengan penyakit anda supaya anda tidak tertipu. Elakkan mengambil produk yang meragukan. Jangan hanya bergantung kepada testimoni persaorangan sahaja.

No comments:

Post a Comment