Friday, November 25, 2016

Monsoon Trail Ride Sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2016 Terengganu

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu dengan kerjasama Kayoh Bike Club dan JKKK Kg Gong Lingai (Kuala Nerus) telah mengadakan acara "Monsoon Trail Ride" sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2016 pada 25 November 2016 bertempat di Dataran Lingai, Kuala Nerus.

Monsoon Trail Ride ini disertai lebih dari 152 peserta dari pelbagai kumpulan. Acara bermula pada 8.30 pagi dengan pelepasan dibuat oleh YM Dato Tengku Faruk, Pegawai Daerah Kuala Nerus. Peserta juga terdiri dari pelbagai kumpulan umur dengan basikal yang memang mahal-mahal belaka. Trek laluan ialah 20 km yang melintasi kawasan berbukit, ladang kelapa sawit dan pertanian. Trek ini adalah trek yang telah digunakan di dalam acara jamboree.

Selepas satu setengah jam (1.5 jam) berkayuh, semua peserta sudah selamat tiba di garis penamat.

Acara ini adalah sebahagian dari acara Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2016 peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu.

Biasanya acara yang dilaksanakan oleh Diabetes Malaysia dalam upacara outdoor sambutan ialah senamrobik, berjalan 10,000 step, jogathon dan sebagainya. Tetapi di Terengganu, kami telah memilih cycling sebagai acara outdoor.

Seperti yang telah diketahui umum, senaman boleh membantu kita di dalam mencegah penyakit dan aktiviti fizikal seperti kayuh basikal akan memantau pengawalan paras gula dalam badan. DMCT bersetuju agar aktiviti berbasikal diamalkan oleh semua rakyat Malaysia yang mampu bagi membakar kalori yang berlebihan dan menjadikan mereka sentiasa sihat dan aktif.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato Tengku Faruk, Pengerusi JKKK Kg Gong Lingai, En Muhamamad Mat Ali, Syed Mohd Yasni (Kayuh) dan semua peserta dan orang kampung yang telah menyertai acara ini.

Gambar gambar menarik di sekitar acara Monsoon Trail Ride 25 Nov 2016 di Kg Gong Lingai.

Salah satu aktiviti ialah Monsoon Trail Bike melibat 160 pengayuh basikal

Pendaftaran dilakukan  bermula jam 7.30 pagi

Pengayuh dan  Pengerusi DMCT

Taklimat sebelum berlepas diberikan oleh AJK 

Pelepasan oleh YM Dato Tengku Faruk, Pegawai Daerah. Dari Kiri: Hj Wan Md Adnan (Pengerusi DMCT), En Muhammad (Pengerusi JKKK) dan Pegawai Daerah, Dato Tengku Faruk.

Bikers tidak sabar sabar nak mulakan kayuhan
Bikers bersedia

Acara dah bermula

Bikers lengkap dengan uniformnya.....

Kayuhan awalan

Wow... gembiranya mereka semua..

Kayuhan Sudah Panas.....








No comments:

Post a Comment