Sunday, November 22, 2015

Penubuhan Diabetes Malaysia Cawangan Besut

Dengan kegigihan dan komitmen ahli-ahli DM, sebuah cawangan baru telah ditubuhkan pada 21 November 2015. Mesyuarat Agung pertamanya telah dijalankan pada sebelah pagi 21 Nov 2015 (Sabtu) bertempat di Balai Raya, Kg Alor Peroi, Kuala Besut, Terengganu.

Mesyuarat dihadiri oleh lebih dari 30 orang dengan tetamu kehormat dari 5 orang AJK DM Cawangan Terengganu, Kuala Terengganu.

Sempena dengan mesyuarat agung ini, beberapa aktiviti yang bermanfaat telah diadakan ia itu:

1. Saringan Kesihatan:

Ianya  dikendalikan oleh ahli-ahli  berpengalaman. Kesemua peserta mesyuarat yang hadir disaring kesihatan mereka dengan diambil bacaan glukosa darah dan tekanan darah. Ramai juga yang mempunyai diabetes. Salah satu darinya telah menunjukkan terkena ancaman diabetes foot ulcer.

Pesakit ini (berumur 65 tahun) buat selamba sahaja walaupun dia tahu dia tidak patuh kepada arahan doktor terutama dalam mengambil ubat-ubatan dan suntikan insulin. Ini memberi petunjuk bahawa masyarakat awam tidak memahami pengurusan diabetes dan  cara mengawal glukosa darah mereka hingga mereka dijangkiti diabetes foot ulcer (kudis kaki).

Kami menasihati dia agar menjaga pengambilan makanan dan mengambil ubatan mengikut arahan doktor dan merujuk kudis kakinya dengan segera ke klinik kesihatan berdekatan.

Sebagai AJK DM kami terpanggil untuk memberi penerangan kepada mereka cara cara mengurus penyakit ini dengan lebih baik lagi. Dengan terbuhnya cawangan Besut ini, maka aktiviti penerangan akan menjadi lebih teratur dan bermanfaat kepada masyarakat setempat.

2. Ceramah Diabetes  dan Komplikasi serta Pemakanan Sihat dan cara mengambilnya

Ceramah ini diberi oleh Hj Wan Hassan Wan Ismail  , Setiausaha DMCT. Ceramah ini memberi penerangan mengapa ramai penduduk dunia dan Malaysia telah menghidap diabetes. Mereka yang  gemuk, kurang pergerakan fizikal, makan makanan yang tidak sihat, mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai diabetes, mengalami stres berpanjangan, merokok, minum arak mempunyai risiko mendapat diabetes.

Di antara tanda tanda awal diabetes ialah sering dahaga, sering kencing malam, luka lambat sembuh, suka makan makanan manis dan sebagainya.

Ahli mesyuarat juga diberitahu supaya berwaspada dengan makanan seperti garam tersembunyi (contoh perasa dan sos), elak makanan bergoreng jika boleh, dan utamakan masakan steam/kukus, panggang, rebus dan bakar. Mengenai sukatan makanan, ahli mesyuarat dingat supaya menggunakan separuh pinggan untuk sayur-sayuran dan buah segar, 1/4 untuk nasi dan 1/4 lagi untuk lauk. Masa makan utama jangan diabaikan.

3. Ceramah Kebaikan Stevia dan Penggunaan

Ceramah ini telah diberikan oleh Cikgu Norsiah (dari Kulim Kedah yang kebetulan membantu rakannya untuk promosi stevia) yang memberi senario pengambilan gula yang berlebihan oleh penduduk dunia dan Malaysia dan kesan gula kepada pesakit diabetes. Stevia adalah selamat diambil kerana ia extract daun stevia dan tanpa kalori. Ia menjadi pengganti kepada gula putih yang merbahaya kepada kesihatan.

4. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2015

Sempenan mesyuarat ini juga semua yang hadir menyambut Hari Diabetes Sedunia 2015 yang jatuh pada 14 Nov setiap tahun, Acaranya ialah menerangkan betapa seriusnya penyakit ini dan komplikasinya dan mencadangkan agar semua mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam selalu.

Aktiviti saringan dan ceramah telah melengkapkan mesyuarat agung tahunan cawangan Besut.

Makanan dan minuman juga disediakan oleh jawatankuasa. Cabutan nomboh bertuah juga diadakan  bagi menceriakan suasana.

Mesyuarat berakhir pada 12.30 tengah hari dan para hadirin disajikan dengan makan tengah hari oleh Tuan Hj Sudiman dan isteri.



Berikut adalah gambar kenangan:
Gambar berkumpulan menyambut Hari Diabetes Sedunia peringkat daerah Besut.

Saringan kesihatan


Saringan kesihatan

Cabutan nombor bertuah dimenangi oleh adik ini. Pengerusi DM CBesut Hj Sudiman (tengah).  Pengerusi DMCT Hj Wan Md Adnan (kanan) sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Cikgu Norsiah memberi ceramah mengenai bahaya gula dan alternatif kepada stevia.
Ahli mesyuarat sedng mendengar ceramah.
Setiausaha DMCT Wan Hassan sedang memberi penerangan.
Saringan kesihatan


No comments:

Post a Comment