Tuesday, November 4, 2014

Makluman: Seminar Pencegahan Diabetes

Seminar Pencegahan Diabetes peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 23 Nov 2014 jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di dewan Perpustakaan Negeri, Kuala Terengganu.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Diabetes Malaysia cawangan Negeri Terengganu dan Kelab Pendidik Diabetes.

3 penceramah dijemput untuk menerangkan perkara mengenai diabetes, makanan untuk mencegah diabetes dan senaman untuk mencegah diabetes.Di samping itu, terdapat saringan kesihatan, dan pameran di foyer perpustakaan.

Target peserta ialah mereka yang >35 tahun, dan mempunyai saudara mara yang mengidap diabetes. Ahli dan sesiapa yang berminat untuk hadir sila hubungi kami melalui talifon atau SMS sebelum 14 Nov 2014.

No comments:

Post a Comment