Saturday, June 7, 2014

Pemakluman Kem Diabetes 2014

Kem Diabetes 2014 kelolaan Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu akan diadakan pada 18-20 Sept 2014 di Scout Inn Resort, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.

Di antara topik yang akan dibicarakan ialah pradiabetes, diabetes dan komplikasi; pemakanan sihat; pengiraan karbohidrat; senaman yang baik bagi pencegahan; ubat-ubatan, penjagaan mata, penjagaan kaki, serta pemantauan diabetes. Ceramah akan diberi oleh para doktor perubatan, pakar pemakanan bertauliah, fisioterapis, dan lain-lain lagi. Senaman dan saringan kesihatan juga akan diadakan.

Kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan ke Kem ini dengan bayaran RM250.00/orang termasuk ceramah, makan-minum (hingga malam) dan penginapan twin sharing. Diskaun 10% diberi kepada peserta yang mendaftar dan membayar sebelum 18 Julai 2014. Tarikh tutup 18 Ogos 2014.

Kami menerima cek, tunai, bank draft dan pesanan kerajaan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi urusetia hp 012-9984443.

No comments:

Post a Comment