Saturday, October 5, 2013

Saringan Glukosa Darah ke Empat 2013

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan saringan glukosa darah untuk kali keempat pada tahun ini. Kali ini ianya diadakan untuk orang awam di Hypermarket Giant, Padang Hiliran Kuala Terengganu pada 5 Oktober, 2013 bermula 9.15 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pada mulanya kami bercadang untuk memulakan khidmat ini pada jam 10.00 pagi tetapi memandangkan pada jam 9.00 pagi sudah ramai orang ramai yang  berminat dan menunggu mengelilingi  kaunter, maka kami mulakan khidmat saringan bermula jam 9.15 pagi.

Pihak Hypermarket menyediakan ruang khas dekat dengan laluan masuk ke pasaraya  serta disediakan meja dan kerusi untuk kami.

Dalam masa 2 jam 45 minit itu, seramai 150 orang awam berbagai kaum, berbagai kumpulan umur telah mendapat khidmat saringan glukosa darah secara percuma.

Sekurang-kurangnya kami telah mendapati 12 orang awam yang perlu disahkan oleh para doktor kerana bacaan glucometer adalah melebihi 14 mmol/L. Yang paling tinggi ialah 24 mmol/L. Pihak kami telah menasihatkan mereka untuk berjumpa doktor dengan seberapa segera. Ada juga kami dapati mempunyai tekanan darah yang tinggi dan mereka juga dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.







Di antara AJK yang terlibat dengan saringan




Pihak Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu ( DM T) berterima kasih di atas kerja sama yang diberikan oleh Hypermarket Giant di dalam aktiviti ini dan juga berterima kasih kepada AJK DM T ( Puan Faridahani, Puan Adibah, Puan Azalawati, Puan Roslina, Hj Ahamad, Hj Mohd Ali, En Ahmad Zailani dan lain-lain lagi) yang telah menjalankan kerja dengan baik sekali.

DM T akan mengadakan lagi aktiviti saringan ini dalam masa terdekat bagi memberi kesedaran atau  "awareness" mengenai penyakit diabetes kepada masyarakat awam. Bersama kita mencegah penyakit ini.

No comments:

Post a Comment