Monday, February 29, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu 2016

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah dengan jayanya mengadakan mesyuarat agung tahunan 2016 pada 27 Feb 2016 jam 9.00 pagi. Mesyuarat diadakan di Hotel Midtown, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Malaysia.

Mesyuarat kali ini dimulakan dengan kata-kata aluan Tuan Pengerusi diikuti dengan mengesahkan minit yang lalu serta laporan setiausaha. Setiausaha dengan panjang lebar memperihalkan aktiviti tahun 2015 yang dikira sangat baik bagi aktiviti sebgini sesuai dengan tujuan ianya ditubuhkan.

Empat aktiviti teras  masih diteruskan ialah pemeriksaan kesihatan yang asas seperti BMI, glukosa darah dan tekanan darah, kem diabetes, sambutan hari diabetes sedunia dan taklimat. Tahun 2016, aktiviti baru ialah mengadakan lawatan ke Thailand dan penerbitan buku Memahami Diabetes.

Mesyuarat juga memberi mandat kepada jawatankuasa baru 2016-2018 untuk meneraju aktiviti pertubuhan ini.

Yang dipilih adalah seperti berikut:

Pengerusi : Hj Wan Md Adnan bin Wan Ismail
Timbalan  : Dr Zaiha bt Harun
Setiausaha : Wan Hassan bin Wan Ismail
Penolong   : Puan Adebah bt Idris
Bendahari:  Hj Ahamad bin Ismail
AJK          : Hjh Ramlah bt Ali
                  Puan Zaimah bt Jusoh    
                  Hj Sudiman bin Yusof
                  Puan Roslina Che Man
                  Puan Wan Laleyati Wan Kamarudin
                  Puan Faridahani bt Ariffin
                  Puan AsyuRahmah bt Abdul Rahman
                  Hj Mohd Hamdan bin Idris
                  Puan Junaidah bt Taib
                  Hjh Fatimah bt Ismail
                  Ramlee bin Atan

Juruodit      : En Suhaimi Muhamad
                  Haji Shafie Taha


Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Bendahari membentangkan laporan kewangan 2015

Makanan yang disediakan semasa mesyuarat

Keropok lekor goreng tidak ketinggalan dalam pilihan menu

Mesyuarat Agung Tahuan sedang berlangsung
AJK bersama dengan  sebahagian ahli ahli yang hadir
Pemenang cabutan nombor bertuah
Tuan Pengerusi sedang berucap dan setiausaha sedang mencatit.

No comments:

Post a Comment