Monday, July 21, 2014

Bersama Manis FM 102.0

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu telah mengadakan penerangan mengenai diabetes di Manis FM pada 22 Julai 2014 bermula 10 pagi hingga 11.00 pagi di pejabatnya (studio) Kuala Terengganu.

Hadir di konti Manis FM ialah Hj Wan Md Adnan (Pengerusi), Wan Hassan (Setiausaha) dan Hj Ahamad Ismail (Bendahari). Majlis berjalan lancar dan acara ini dikendalikan oleh DJ Hal.

Di antara perkara yang dihebahkan ialah isu mengenai tanda-tanda atau simptom penyakit diabetes dan faktor risiko. Tanda-tanda termasuklah kerap kencing malam, berat badan yang menurun, luka atau infeksi yang lambat sembuh. Manakala faktor risiko ialah kegemukan, kurang melakukan senaman, darah tinggi, kolesterol darah yang tinggi dan lain-lain.

Bersama DJ Hal.

Berbual dengan DJ

Wall Poster di pejabat Manis FM


Hebahan juga diberikan mengenai senario peningkatan bilangan pesakit yang berlaku di seluruh dunia. Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya juga tidak terkecuali di dalam peningkatan ini. Ia juga telah menunjukkan kenaikan bilangan pesakit yang mendadak. Misalnya  Terengganu sahaja, peratusan kenaikan bilangan pesakit diabetes dari tahun 2013 kepada 2014  adalah 52.5%, iaitu satu angka yang menakutkan. Terengganu kini mempunyai 28,300 pesakit yang didaftarkan (active patients). Isu kenaikan peratusan ini hendaklah ditangani dengan baik oleh pihak berwajib.

Hebahan juga dibuat mengenai objektif, misi pertubuhan serta aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan belum dilaksanakan seperti health screening, healthy eating seminar, program with schools, kem diabetes dan sambutan hari diabetes sedunia. Visi pertubuhan ialah menjadi peneraju melawan diabetes di Malaysia dengan misi penting iaitu menggalak diabetes care melalui kesedaran, pencegahan, pendidikan dan pengurusan.

Akhir sekali, pesanan pertubuhan ini kepada pendengar. Bila raya nanti, jangan makan terlalu banyak. Amalkan makan seimbang,banyakkan sayur-sayuran hijau,  dan selalu bersenam. Bagi mereka yang sudah mendapat penyakit ini, teruskan mengamalkan makanan sihat dan seimbang (jangan skip waktu makan pagi, tengah hari dan malam), dan sentiasa bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Sesiapa yang ingin menderma kepada pertubuhan ini, boleh menghubungi pertubuhan ini di talian +60111673038 dan mereka akan diberi resit khas yang membolehkan mereka dikecualikan dari cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Wawancara secara bersahaja ini telah memberi peluang kepada pendengar di Terengganu, Kelantan dan Pahang mengetahui sedikit sebanyak mengenai diabetes dan pengurusannya.

No comments:

Post a Comment