Thursday, July 4, 2013

Saringan Diabetes

Minggu lepas, Persatuan telah menjalankan saringan glukosa dalam darah. Aktiviti ini adalah aktiviti yang sering dilakukan oleh ahli persatuan bagi memberi kesedaran kepada orang awam.

Bagi mereka yang belum membuat saringan, sebenarnya siapakah yang perlu menjalani saringan diabetes? Jawapannya adalah seperti berikut:


  • Individu yang mempunyai gejala diabetes seperti keletihan,lesu, dahaga yang berlebihan, kerap kencing atau susut berat badan secara mendadak
  • Individu yang tiada gejala diabetes tapi mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko berikut: berumur >30 tahun;berlebhan berat badan atau BMI >23kg/m3;wanita yang mempunyai sejarah diabetes mengandung atau sejarah kelahiran bayi yang besar (berat lahir >4kg; mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes; mengidap hypertensi (tekanan darah >140/90mmHg dan mempuyai kandungan lemak darah yang tinggi (hyperlipidaemia) atau dyslipidaemia) (HDL <0.9 mmol/L atau >1.7 mmol/L).
Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia, semua individu dewasa disarankan menjalani saringan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Bagaimana Diabetes dikesan atau didiagnosa?  Ujian saringan ini menggunakan menggunakan jarum (pada hujung jari) bagi mendapatkan darah. Darah diletak atas strip dan diukur dengan alat glucometer. Bacaan di glucometer akan keluar setelah darah itu diletak pada "strip".

Ujian saringan , jika sample darah ketika puasa (Fasting blood glucose) > 7.0 mmol/L manakala sample darah secara rawak (Random blood glucose) >11.1 mmol/L, maka ianya dikira pesakit diabetes. Walaubagaimana pun, ujian pengesahan hendaklah dibuat oleh pegawai perubatan bagi menentukan samada "pesakit itu normal, mempunyai impared fasting glucose; impaired glucose tolerance atau diabetes. 

No comments:

Post a Comment