Wednesday, April 20, 2016

Komplikasi Diabetes kepada Kaki

Kudung kaki adalah satu perkara yang ditakuti oleh penghidap diabetes. Kudung kaki akan dilakukan apabila kaki pesakit sudah "mati sarafnya"  yang mana oksigen dan pemakanan tidak boleh sampai di merata anggota kerana telah berlaku kerosakan saraf halus di bahagian kaki tersebut. Apabila saraf halus sudah rosak, kawasan yang rosak tidak akan mendapat oksigen dan makanannya, justeru kawasan yang terlibat akan menjadi hitam kehitaman. Lama kelamaan, ia tidak berfungsi lagi dan doktor pakar akan mempertimbangkan memotong bahagian yang sudah mati itu.

Amputasi tidak dapat dielakkan bagi menyelamatkan pesakit. Ini berlaku apabila kuman dan yang lain-lain telah merebak ke bahagian lain. Bagi menyekat perebakan itu ke bahagian lain, bahagian yang terlibat teruk disyor diamputasi.

Amputasi ialah sebahagian daripada tindakan yang dikenakan kepada pesakit yang telah mengalami komplikasi diabetes (neuropathy).

Amputasi kaki biasanya dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:

  1. AKA- Above Knee Amputation (amputasi atas pada lutut)
  2. BKA- Below Knee Amputation (amputasi bawah pada lutut)
  3. RAY- Amputation of the Toe (amputasi pada jari kaki)
Biasanya AKA dan BKA yang sangat ditakuti oleh pesakit kerana pesakit akan kehilangan kaki dan cacat. Biasanya, pesakit akan dikenakan memakai kaki palsu yang ditempah khas. 

Manakala RAY pula terhad kepada jari-jari kaki yang telah rosak yang mana perjalanan darah ke situ sudah mati, Jika keadaan masih parah dan merebak ke atas, maka amputasi jenis BKA dan AKA dipertimbangkan.

Satu lagi keadaaan yang parah juga akibat komplikasi diabetes kepada kaki ialah Diabetes Foot Ulcer (DFU). Ia juga dipanggil kudis tekanan. Kudis tekanan ini jika tidak ditangani dengan baik dan cekap, ia akan mengakibatkan kesakitan dan kerosakan kepada jari-jari itu sendiri dan akhirkan jari tersebut akan diamputasi, Jika ia merebak ke atas, kuman juga telah merebak ke organ lain, amputasi dua jenis itu (AKA atau DKA) akan digunakan. 

Kudis tekanan ini juga bermusim. Bagi pesakit yang tidak menjaganya dengan baik, kudis ini akan timbul atau muncul semula.

Sejak tahun 2007 hingga 2013, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu telah membuat amputasi AKA sebanyak 72 kes,  BKA 217 kes dan RAY 336 kes. Manakala rawatan Diabetic Foot Ulcer sebanyak 3,584 kes. Data yang diperolehi dari Diabetic Foot and Wound Care and  Foo Care (DFWCC) HSNZ, 2014 telah menunjukkan kes Diabetic Foot Ulcer sangat tinggi, purata 512 kes setahun.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun       2007         2008     2009   2010      2011       2012       2013  JUMLAH
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
AKA            16             10           8         8           12           8            10        72
BKA            58             24         24       35           26          27           22       217
RAY           100            38         38       50           44          35           31       336
DFU           510          485       596      537        582         278        596     3584
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Wound Care and Foot Care Centre, HSNZ, 2014.

Bagi pesakit yang mendapat masalah saraf pada kaki, selalu selalu lah buat pemeriksaan kaki di Pusat Rawatan Kaki. Minta doktor anda merujuk kepada pusat rawatan kaki secara berkala di samping rujukan kepada klinik-klinik yang lain.
      

No comments:

Post a Comment