Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas, terutama individu yang mempunyai gejala keletihan, lesu, dahaga yang berlebihan, kerap kencing atau susut berat badan mendadak, mempunyai BMI melebihi 23kg/m2, mengidap hipertensi, kandungan lemak darah yang tinggi sangat eloklah membuat saringan.
Saringan ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Biasanya, darah akan diambil dan dengan menggunakan glucometer, bacaan akan diperolehi beberapa saat sahaja.
Jika sampal darah ketika puasa menunjukkan bacaan >7.0 mmol/L dan secara rawak >11.1 mmol/L, anda mungkin mengidap diabetes. Anda dikehendaki membuat ujian pengesahan.
Jika anda mempunyai simptom seperti di atas, 1 bacaan sudah memadai untuk menyatakan anda mengidap diabetes. Jika anda tiada simptom seperti diatas, 2 bacaan diperlukan untuk disahkan oleh doktor samaada anda mengidap diabetes atau sebaliknya.
Pesakit diabetes berisiko untuk mendapat penyakit jantung, kerosakan buah pinggang dan kebutaan, maka sasaran rawatan adalah seperti berikut:
- HbA1C < 6.5 % (HbA1c ialah menunjukkan bacaan glukosa dalam darah sepanjang 3 bulan lalu. Menunjukkan samada anda dapat mengawal glukosa dalam darah). Anda hendaklah membuat ujian darah di klinik bagi mengetahui bacaan HbA1C.
- Tekanan darah <130/80 mmHg
- Kolesterol <2.6 mmol/L
- Ukurlilit pinggang: Lelaki <90cm, perempuan <80cm (Sumber : Clinical Practice Guidelines,Management of Type 2 Diabetes Mellitus, 4th Edition 2009 Kementerian Kesihatan Malaysia)
No comments:
Post a Comment