Mesyuarat AJK DMCT yang terakhir bagi tahun 2015 telah diadakan di Sumai Apartment dan Hotel, Kuala Terengganu pada 29 Disember 2015 jam 5.00-6.30 petang.
Majoriti AJK hadir dan mesyuarat telah memutuskan untuk beberapa aktiviti dijalankan pada tahun hadapan.
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
Majoriti AJK hadir dan mesyuarat telah memutuskan untuk beberapa aktiviti dijalankan pada tahun hadapan.
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
- Mesyuarat Agung Tahunan pada 27 Februari 2016
- Kem Diabetes 2016 - 21-22 Mei 2016 di Pulau Kapas
- Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada bulan November 2016 dengan bekerjasama dengan jabatan kerajaan yang sudi
- Demonstrasi Makanan dan Masakan Sihat sempena Hari Diabetes Sedunia
- Mengadakan health screening di kampong-kampong dengan kerjasama JKKK berkaitan
- Menubuhkan panel penasihat diabetes dari kalangan ahli yang mempunyai kelayakan perubatan, kesihatan dan berkaitan dengan pencegahan dan pengurusan diabetes. Ini termasuklah diabetic nephrology, diabetic foot, diabetic diet, diabetic medication, diabetic neuropathy, diabetic retinopathy, diabetic rehabilitation dan senaman, diabetic endocrinology dan sebagainya
- Lawatan sosial/ melancong ke negara jiran
Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.
Tuan Pengerusi berterima kasih kepada semua AJK yang hadir dan berdoa agar aktiviti tahun depan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Persatuan menyeru ahli ahli DMCT agar aktif dan menyertai aktiviti yang telah direncanakan. Ahli ahli hendaklah sentiasa membuka blog ini bagi mendapatkan berita terkini (jika ada).
Selamat nyambut tahun baru masehi 2016......semoga thn ini dpt dijalankan program ke sekolah2....
ReplyDelete