Bagi anda yang mengidap diabetes, jangan menyerah kalah. Lawan penyakit ini dengan tindakan yang disyorkan oleh para doktor dan health care professionals. Secara ringkas, ada tiga cara yang perlu dilakukan a) makan ubat seperti diarahkan oleh para doktor b) memakan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan (mengikut sukatan) dan c) melakukan senaman setiap hari.
Makan ubat hendaklah teratur dan mengikut dos dan masa yang disyorkan. Bagi yang menerima suntikan insulin pula, ikutlah sukatan yang disyorkan. Jika mempunyai masalah dengan ubat-ubatan, hendaklah berjumpa doktor bagi mendapat nasihat, pengesahan atau tukar ubat.
Memilih makanan yang berserat tinggi adalah tindakan yang bijak. Dengan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan makanan vegetarian, anda akan dapat mengawal kandungan gula dalam darah kerana serat itu melambatkan gula masuk ke dalam darah. Elak gula sama sekali. Jus buah hendaklah dielakkan dan adalah baik makan buah asli kerana buah itu mempunyai serat. Bagi anda yang sudah lama mengidap diabetes, disyorkan ambil multivitamin (antaranya vit C, mineral chromium dan vit B12). Dapatkan nasihat dari pakar pemakanan bagi memudahkan anda membuat pelan makanan anda.
Melakukan senaman secara konsisten dapat mengurang paras gula dalam darah anda. Dengan senaman "yang teratur," anda mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan juga cholesterol. Senaman secara regular sangatlah penting bagi pesakit diabetes (sekurang-kurang 160 minit/minggu). Dapatkan nasihat doktor, jenis senaman mana yang sesuai bagi anda dan lama mana anda perlu bersenam setiap hari.
Makan ubat, makan sihat dan tidak bersenam boleh menggagalkan hasrat anda untuk melawan diabetes.
Oleh itu jangan lupa bersenam setiap hari, makan makanan berserat tinggi (seperti sayur, buah, utamakan protein dari sayur) dan ambil ubat seperti disarankan oleh doktor.
(Sumber: dipadankan dari Jurnal American Diabetes Association)

No comments:
Post a Comment