Friday, July 19, 2013

Padah Diabetes

Ini hakikat pengidap diabetes jika kaki tidak dijaga dengan teliti. Kakinya sudah jadi macam ini. Dua jari sudah dipotong. Dia bernasib baik kerana tidak dipotong kakinya. Kini sedang dirawat "lukanya" secara berkala hingga sembuh sepenuhnya. Kami berdoa agar dia segera disembuhkan  oleh Allah swt.




Kepada anda yang mempunyai saudara mara yang mengidap diabetes, kongsilah maklumat ini supaya mereka itu sentiasa peka kepada penjagaan kaki mereka. Periksa kaki setiap hari dan guna cermin untuk meninjau di bahagian bawah kaki. Ada luka ke atau ada bisul dan lain-lain lagi. Pengidap"tegar" selalu tidak rasa (sudah tidak sensitif) pada bahagian ini, kerana saraf sudah beransur rosak. Justeru, kena pergi hospital/klinik untuk mendapatkan rawatan. Jangan lupa pakai kasut dalam rumah agar tidak terkena benda tajam.....Jika kulit kaki kering, sapu losyen/krim pelembab.Basuh kaki dengan sabun dan air suam (jika boleh) setiap malam.


Gambar ini menunjukkan kaki kanan sudah sangat teruk. Mengidap diabetes 10 tahun lepas. Jelas menunjukkan saraf sudah rosak kerana pesakit ini tidak terasa kepanasan jagung rebus yang diletak dekat kaki semasa memandu.  Keesokan hari, kakinya mengelembong, terus ke hospital. Ini berlaku dengan pantas, dua bulan yang lepas. Sangat terharu melihat pesakit yang baru berusia 50 tahun ini.Kes parah ni.

Kita perlu pencegahan.....semak keadaaan kaki dari masa kesemasa kalau saraf sudah beransur rosak atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment