Tuesday, December 29, 2015

Mesyuarat DMCT terakhir 2015

Mesyuarat AJK DMCT yang terakhir bagi tahun 2015 telah diadakan di Sumai Apartment dan Hotel, Kuala Terengganu pada 29 Disember 2015 jam 5.00-6.30 petang.

Majoriti AJK hadir dan mesyuarat telah memutuskan untuk beberapa aktiviti dijalankan pada tahun hadapan.

Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

  • Mesyuarat Agung Tahunan pada 27 Februari 2016
  • Kem Diabetes 2016 - 21-22 Mei 2016 di Pulau Kapas
  • Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada bulan November 2016 dengan bekerjasama dengan jabatan kerajaan yang sudi
  • Demonstrasi Makanan dan Masakan Sihat sempena Hari Diabetes Sedunia
  • Mengadakan health screening di kampong-kampong dengan kerjasama JKKK berkaitan
  • Menubuhkan panel penasihat diabetes dari kalangan ahli yang mempunyai kelayakan  perubatan, kesihatan dan berkaitan dengan pencegahan dan pengurusan diabetes. Ini termasuklah diabetic nephrology, diabetic foot, diabetic diet, diabetic medication, diabetic neuropathy, diabetic retinopathy, diabetic rehabilitation dan senaman, diabetic endocrinology dan sebagainya
  • Lawatan sosial/ melancong  ke negara jiran
Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.





Tuan Pengerusi berterima kasih kepada semua AJK yang hadir dan berdoa agar aktiviti tahun depan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Persatuan menyeru ahli ahli DMCT agar aktif dan menyertai aktiviti yang telah direncanakan. Ahli ahli hendaklah sentiasa membuka blog ini bagi mendapatkan  berita terkini (jika ada). 

Sunday, November 29, 2015

Lawatan ke Selatan Thailand

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya menganjurkan satu lawatan ke Selatan Thailand meliputi wilayah Narathiwat, Yala, Pattani, serta Hat Yai dan Songkla.

Seramai 38 orang (termasuk famili terdekat) telah menyertaikan. Secara kebetulan rombongan ini kebanyakannya terdiri dari staf Hospital Sultanah Nur  Zahirah, Kuala Terengganu serta keluarga.

Tempat-tempat yang dilawati termasuklah:
  • Pekan Sungai Golok
  • Pekan Pattani
  • Songkhla
  • Hat Yai.
Di Hat Yai, kami melawat "Floating market" (pasar atas bot yang mana penjualnya majoriti perempuan menjual ikan bakar, kueh mueh, pelbagai makanan  di dalam boat tersebut), pasar orang tempatan dan sebagainya.

Di Songkhla, kami melawat pantai Samila yang indah dan mempunyai daya tarikan. Dihujung pantai terdapat perkampungan nelayan. Seterusnya ke Pulau Yor melawat kilang pembungkusan produk makanan ringan.

Di Pattani, kami melawat masjid jamek yang tersergam indah itu di mana bumbungnya berwarna hijau. Selepas itu, kami lawat masjid Kerisek. Masjid ini mempunyai pelbagai sejarah.

Di Pekan Golok, kami membeli belah di pasar buah-buahan.

Lawatan ini berjaya dan peserta memuji kerana dapat melawat tempat menarik, makanan sedap dan berjaya diadakan tanpa banyak masalah. Peserta juga seronok kerana disamping dapat meringankan stress kerana kerja tetapi juga dapat peluang membeli belah. 

Memandangkan "response" dari peserta yang mengatakan ianya sangat baik, DMCT akan menganjurkan lawatan seperti ini di masa akan datang.

Berikut disertakan gambar kenangan:

Sebahagian peserta rombongan bergambar di depan pintu hotel


KlongHae Floating Market
Floating Market
Floating Market waktu malam

Bandar Hat Yai

Nora Plaza menjadi tumpuan pelancong

Pantai Samila, Songkhla

Pantai Songkhla

Keluarga Dr Zaiha 

Dinner di Restoran Khalid: Dr Hamidah, Puan Zaimah dan Puan Esah

Restoran Khaled: Puan Wan Zaini, Fatin, Zabidah dan Zuliha.

Restoren Khalid dilengkapi wifi. Puan Mahani, Farah dan Saidatul
Keluarga Pn Ramlah

Puan Maheran dan Saidatul

Pemandu bas, Manjur dan pemandu pelancong, Abg Di

Bergambar dengan pemilik restoran.

Ada juga pelajar yang datang ke restoran ini berjubah, selepas hadir majlis konkesyennya.

Bergambar dengan pelajar.
Masjid Jamek Petani. Sangat cantik macam ala Taj Mahal.....

Manjuur....pemandu

Masjid Kerisek yang mempunyai pelbagai sejarah suka dan duka.

Papan kenyataan yang baru dipasang.

Ahli rombongan En Zul dan anak.

Ceramah Kesedaran Diabetes

Ceramah kesedaran diabetes telah diadakan di Jabatan Perancang Bandar dan Desa Zon Timur pada 26 November 2015. Ceramah ini disampaikan oleh Hj Wan Hassan, setiausaha DMCT. Manakala Cik Nur Shazleen bt Abd Ghani, dietitian dari klinik kesihatan Seberang Takir memberi taklimat mengenai makanan sihat.


Pendengar didedahkan kepada apa itu diabetes, tanda-tanda dan risiko, komplikasi dan cara-cara mengurus dan pencegahan. Pemakanan sihat juga ditekannya supaya peserta cepat faham mengenai makanan sihat, cara penyediaan, masa pengambilan dan pengambilan kerana kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 ini dipengaruhi oleh pola pemakanan, jenis makanan yang banyak karbohidrat serta porsi yang melebihi keperluan badan mereka.

Sebelum ceramah dimukakan, kami telah menjalankan saringan kesihatan kepada peserta- peserta seperti tekanan darah,  glucosa darah dan lain-lain lagi.

Ceramah kesedaran ini juga diadakan sempena sambutan hari diabetes sedunia yang jatuh pada 14 November setiap tahun. Ianya disambut oleh 160 negara termasuk Malaysia.

Berikut adalah gambar-gambar.

Bergambar beramai ramai sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2015

Menerima cenderahati daripada tuan rumah

Saringan kesihatan


Sunday, November 22, 2015

Penubuhan Diabetes Malaysia Cawangan Besut

Dengan kegigihan dan komitmen ahli-ahli DM, sebuah cawangan baru telah ditubuhkan pada 21 November 2015. Mesyuarat Agung pertamanya telah dijalankan pada sebelah pagi 21 Nov 2015 (Sabtu) bertempat di Balai Raya, Kg Alor Peroi, Kuala Besut, Terengganu.

Mesyuarat dihadiri oleh lebih dari 30 orang dengan tetamu kehormat dari 5 orang AJK DM Cawangan Terengganu, Kuala Terengganu.

Sempena dengan mesyuarat agung ini, beberapa aktiviti yang bermanfaat telah diadakan ia itu:

1. Saringan Kesihatan:

Ianya  dikendalikan oleh ahli-ahli  berpengalaman. Kesemua peserta mesyuarat yang hadir disaring kesihatan mereka dengan diambil bacaan glukosa darah dan tekanan darah. Ramai juga yang mempunyai diabetes. Salah satu darinya telah menunjukkan terkena ancaman diabetes foot ulcer.

Pesakit ini (berumur 65 tahun) buat selamba sahaja walaupun dia tahu dia tidak patuh kepada arahan doktor terutama dalam mengambil ubat-ubatan dan suntikan insulin. Ini memberi petunjuk bahawa masyarakat awam tidak memahami pengurusan diabetes dan  cara mengawal glukosa darah mereka hingga mereka dijangkiti diabetes foot ulcer (kudis kaki).

Kami menasihati dia agar menjaga pengambilan makanan dan mengambil ubatan mengikut arahan doktor dan merujuk kudis kakinya dengan segera ke klinik kesihatan berdekatan.

Sebagai AJK DM kami terpanggil untuk memberi penerangan kepada mereka cara cara mengurus penyakit ini dengan lebih baik lagi. Dengan terbuhnya cawangan Besut ini, maka aktiviti penerangan akan menjadi lebih teratur dan bermanfaat kepada masyarakat setempat.

2. Ceramah Diabetes  dan Komplikasi serta Pemakanan Sihat dan cara mengambilnya

Ceramah ini diberi oleh Hj Wan Hassan Wan Ismail  , Setiausaha DMCT. Ceramah ini memberi penerangan mengapa ramai penduduk dunia dan Malaysia telah menghidap diabetes. Mereka yang  gemuk, kurang pergerakan fizikal, makan makanan yang tidak sihat, mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai diabetes, mengalami stres berpanjangan, merokok, minum arak mempunyai risiko mendapat diabetes.

Di antara tanda tanda awal diabetes ialah sering dahaga, sering kencing malam, luka lambat sembuh, suka makan makanan manis dan sebagainya.

Ahli mesyuarat juga diberitahu supaya berwaspada dengan makanan seperti garam tersembunyi (contoh perasa dan sos), elak makanan bergoreng jika boleh, dan utamakan masakan steam/kukus, panggang, rebus dan bakar. Mengenai sukatan makanan, ahli mesyuarat dingat supaya menggunakan separuh pinggan untuk sayur-sayuran dan buah segar, 1/4 untuk nasi dan 1/4 lagi untuk lauk. Masa makan utama jangan diabaikan.

3. Ceramah Kebaikan Stevia dan Penggunaan

Ceramah ini telah diberikan oleh Cikgu Norsiah (dari Kulim Kedah yang kebetulan membantu rakannya untuk promosi stevia) yang memberi senario pengambilan gula yang berlebihan oleh penduduk dunia dan Malaysia dan kesan gula kepada pesakit diabetes. Stevia adalah selamat diambil kerana ia extract daun stevia dan tanpa kalori. Ia menjadi pengganti kepada gula putih yang merbahaya kepada kesihatan.

4. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2015

Sempenan mesyuarat ini juga semua yang hadir menyambut Hari Diabetes Sedunia 2015 yang jatuh pada 14 Nov setiap tahun, Acaranya ialah menerangkan betapa seriusnya penyakit ini dan komplikasinya dan mencadangkan agar semua mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam selalu.

Aktiviti saringan dan ceramah telah melengkapkan mesyuarat agung tahunan cawangan Besut.

Makanan dan minuman juga disediakan oleh jawatankuasa. Cabutan nomboh bertuah juga diadakan  bagi menceriakan suasana.

Mesyuarat berakhir pada 12.30 tengah hari dan para hadirin disajikan dengan makan tengah hari oleh Tuan Hj Sudiman dan isteri.



Berikut adalah gambar kenangan:
Gambar berkumpulan menyambut Hari Diabetes Sedunia peringkat daerah Besut.

Saringan kesihatan


Saringan kesihatan

Cabutan nombor bertuah dimenangi oleh adik ini. Pengerusi DM CBesut Hj Sudiman (tengah).  Pengerusi DMCT Hj Wan Md Adnan (kanan) sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Cikgu Norsiah memberi ceramah mengenai bahaya gula dan alternatif kepada stevia.
Ahli mesyuarat sedng mendengar ceramah.
Setiausaha DMCT Wan Hassan sedang memberi penerangan.
Saringan kesihatan


Thursday, October 29, 2015

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2015 di Terengganu

Hari Diabetes Sedunia disambut oleh 160 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kepentingan sambutan ini ialah untuk memberi kesedaran tentang diabetes dan komplikasi agar perkara negatif berkait dengan diabetes dapat dihindarkan. Ianya disambut pada 14 November setiap tahun.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh International Diabetes Federation (IDF) yang berpengkalan di Brussels, pada tahun 2014 sahaja, seramai 400 juta menghidap diabetes jenis 2, melibatkan 5 juta kematian  dan kos rawatan melebihi USD600 billion.  Dijangka penghidap diabetes akan bertambah ke 600 juta orang pada tahun 2035.

Ini bermakna pertambahan 200 juta penghidap diabetes dalam masa 20 tahun akan datang. Ini menunjukkan trend yang kurang baik. Trend peningkatan pesakit diabetes seperti ini juga berlaku  di Malaysia. Untuk makluman dan perbandingan, Malaysia mempunyai 3.5 juta pesakit diabetes (16.1% dari jumlah penduduknya). Peratusan ini sangat tinggi berbanding dengan negara negara di  Asia Timur. Sebagai contoh, walaupun China mempunyai 96 juta pesakit tetapi ini merupakan 9.2% dari penduduknya.Begitu India, ia mempunyai 66 juta pesakit tetapi ia merupakan 8.6% daripada jumlah penduduknya. Malaysia telah menunjukkan peratusan yang tinggi.

Justeru, langkah pencegahan dan rawatan hendaklah dibuat dengan sebaik-baiknya dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu makanan sihat dan senaman. Ini bermakna, pesakit hendaklah mengawal pemakanan iaitu makan makanan yang sihat sahaja dengan porsi yang betul atau sesuai dengan keperluan diri. Bagi yang belum menghidap juga, mereka hendaklah mengamalkan makanan sihat dan gaya hidup aktif.

Secara amnya, bagi menangani diabetes,  gaya hidup sihat hendaklah dipromosikan, menghad pengambilan kalori, meningkat aktiviti fizikal dan jika berkaitan, tukar komposisi diet. Ini juga bermakna profesion dietitian dan nutritionist, hendaklah digembeling untuk membantu memberi penerangan dan kesedaran terhadap pemakanan kepada masyarakat. Begitu juga celebrity chef dan media masa hendaklah turun padang memberi promosi makan sihat dan rendah kalori.

Sementara itu, kempen-kempen hendaklah dilakukan seperti kempen pemakanan sihat oleh pelbagai agensi, kempen kuruskan badan oleh badan-badan tertentu, menghadkan lesen kedai makan 24 jam kepada restoran tertentu sahaja oleh majlis bandaran (bagi mengelakkan makan di luar waktu), menggalakkan restoran dan kafetaria menukar cara masakan makanan dan beraleh kepada makanan bakar atau "bake in oven", singgang, kukus serta kurangkan atau hadkan menu bergoreng, serta menggalak masyarakat bersukan riadah bersama keluarga dengan mengurangkan fee di gymnasium, kolam renang, boling dan sebagainya.

Berbalik kepada tarikh sambutan, walaupun tarikhnya 14 November, tetapi tarikh sambutannya agak bebas. Di Terengganu, DMCT kali ini telah menyambut Hari Diabetes Sedunia pada 26 Oktober 2015 (awal sedikit dari yang lain) dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya, staf Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Universiti UCSI, Marang. Saringan kesihatan diberi kepada 120 peserta yang hadir.


Majlis telah diadakan di Depot JKR Chendering, Kuala Terengganu  dari pagi hingga petang. Ia bermula di sebelah pagi, yang mana semua peserta disaring tekanan darah, glukosa darah dan Mass Body Index, seterusnya  taklimat diberikan mengenai kepentingan makanan sihat , kepentingan senaman secara regular, perkongsian apa itu diabetes dan komplikasi, jom kurus, pergerakan yang dapat turunkan berat badan dan sebagainya.

Berikut sebahagian gambar gambar yang sempat dirakamkan.

Beratur untuk saringan kesihatan

Saringan kesihatan oleh petugas

Sebahagian dari petugas yang terdiri dari DMCT staff yang juga bertugas dari hospital sultanah nur zahirah dan  Universiti UCSI, Marang.

Petugas dari JKR Pn Norizan dan Pn Rozita.

Peserta seronok mendengar ceramah

Pemeriksaan kesihatan 

Ceramah Kepentingan Senaman (Pn Ida Kartini  Othman, ahli fisioterapi ) dan Kepentingan Menjaga Pemakanan (Wan Hassan)

Acara senaman diadakan
Ceramah Diabetes dan komplikasi dan pengalaman pesakit oleh Hj Wan Md Adnan (Pengerusi DMCT)
Ceramah Pemakanan (Jom Kurus) oleh Dietitian (Ms Lua Lee Yein)
Berakhirlah sambutan hari diabetes sedunia dengan pekikan yeahhhhh.....

Kami dapati 10% dari mereka mempunyai berat badan berlebihan (obes). Walaupun ramai yang tidak mempunyai diabetes, namun ramai yang mengalami tekanan darah tinggi yang akan membawa kepada penyakit diabetes suatu masa kelak. Kami menasihatkan mereka segera ke klinik kesihatan bagi mendapat pengesahan dan rawatan.

Program sehari ini telah berjaya menerapkan kepentingan menjaga kesihatan ke atas diri masing-masing. Dari wajah mereka, mereka kelihatan ceria mendengar taklimat atau penerangan kami. Mereka ikut arahan kami apabila diarah berdiri semasa mereka kelihatan mengantuk atau tidak fokus.Program diselangseli dengan quiz dan hadiah. Ini yang menjadi mereka sentiasa bersiap sedia untuk ditanya. Apabila bergambar beramai-ramai diakhir program, mereka semua tanpa diarah telah berteriak yeayyyy menandakan  mereka berpuashati dengan program ini.Ini adalah satu maklumbalas kepada majikannya supaya diadakan program seperti ini tahun-tahun mendatang sebagai program wajib. Ini juga bermakna, peruntukan khas hendaklah disediakan.

Program ini dikendalikan oleh certified trainer, Hj. Wan Hassan Wan Ismail, penulis buku "Memahami Diabetes- panduan mengurus diabetes,tip dan kehidupan yang lebih sihat",  yang juga setiausaha DMCT.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DMCT) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi kesedaran kesihatan kepada semua peserta. Moga usaha kecil DMCT ini diharapkan bukan saja dapat membantu peserta-peserta ini tetapi juga membantu meringankan beban para doktor dan pakar kesihatan di pusat pusat kesihatan dan hospital dalam menangani pelbagai masalah kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

Kepada peserta-peserta ini, DMCT  berharap mereka ini dapat mengubah gaya hidup mereka ke gaya hidup sihat dan aktif dengan menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam. Sesungguhnya tindakan susulan yang positif bergantung kepada kesungguhan, mind set dan sikap mereka. Kami berdoa agar Allah swt memberi kekuatan kepada mereka, agar dapat menjalani gaya hidup sihat dan aktif. Aameen.

Akhirkata, kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada pejabat Jurutera JKR Daerah Kuala Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada kami melaksanakan program ini untuk kali kedua; Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana melepaskan beberapa staffnya (juga ahli DMCT) untuk memberi ceramah diet, senaman serta menjalankan saringan kesihatan (sebenarnya Pengarah HSNZ tidak pernah menolak permintaan kami untuk melepaskan stafnya untuk program yang baik ini). Terima kasih  juga kepada Matron Aini dari UCSI dan pelajar-pelajar perubatannya yang datang membantu dan memeriahkan lagi saringan kesihatan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan barisan AJK yang memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini.