Sunday, November 29, 2015

Lawatan ke Selatan Thailand

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya menganjurkan satu lawatan ke Selatan Thailand meliputi wilayah Narathiwat, Yala, Pattani, serta Hat Yai dan Songkla.

Seramai 38 orang (termasuk famili terdekat) telah menyertaikan. Secara kebetulan rombongan ini kebanyakannya terdiri dari staf Hospital Sultanah Nur  Zahirah, Kuala Terengganu serta keluarga.

Tempat-tempat yang dilawati termasuklah:
  • Pekan Sungai Golok
  • Pekan Pattani
  • Songkhla
  • Hat Yai.
Di Hat Yai, kami melawat "Floating market" (pasar atas bot yang mana penjualnya majoriti perempuan menjual ikan bakar, kueh mueh, pelbagai makanan  di dalam boat tersebut), pasar orang tempatan dan sebagainya.

Di Songkhla, kami melawat pantai Samila yang indah dan mempunyai daya tarikan. Dihujung pantai terdapat perkampungan nelayan. Seterusnya ke Pulau Yor melawat kilang pembungkusan produk makanan ringan.

Di Pattani, kami melawat masjid jamek yang tersergam indah itu di mana bumbungnya berwarna hijau. Selepas itu, kami lawat masjid Kerisek. Masjid ini mempunyai pelbagai sejarah.

Di Pekan Golok, kami membeli belah di pasar buah-buahan.

Lawatan ini berjaya dan peserta memuji kerana dapat melawat tempat menarik, makanan sedap dan berjaya diadakan tanpa banyak masalah. Peserta juga seronok kerana disamping dapat meringankan stress kerana kerja tetapi juga dapat peluang membeli belah. 

Memandangkan "response" dari peserta yang mengatakan ianya sangat baik, DMCT akan menganjurkan lawatan seperti ini di masa akan datang.

Berikut disertakan gambar kenangan:

Sebahagian peserta rombongan bergambar di depan pintu hotel


KlongHae Floating Market
Floating Market
Floating Market waktu malam

Bandar Hat Yai

Nora Plaza menjadi tumpuan pelancong

Pantai Samila, Songkhla

Pantai Songkhla

Keluarga Dr Zaiha 

Dinner di Restoran Khalid: Dr Hamidah, Puan Zaimah dan Puan Esah

Restoran Khaled: Puan Wan Zaini, Fatin, Zabidah dan Zuliha.

Restoren Khalid dilengkapi wifi. Puan Mahani, Farah dan Saidatul
Keluarga Pn Ramlah

Puan Maheran dan Saidatul

Pemandu bas, Manjur dan pemandu pelancong, Abg Di

Bergambar dengan pemilik restoran.

Ada juga pelajar yang datang ke restoran ini berjubah, selepas hadir majlis konkesyennya.

Bergambar dengan pelajar.
Masjid Jamek Petani. Sangat cantik macam ala Taj Mahal.....

Manjuur....pemandu

Masjid Kerisek yang mempunyai pelbagai sejarah suka dan duka.

Papan kenyataan yang baru dipasang.

Ahli rombongan En Zul dan anak.

3 comments:

  1. Nak tanya ....diabetes boleh hilang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Soalan yg baik. Diabetes tidak hilang.Kita hanya boleh kawal sahaja supaya ianya tidak berlaku komplikasi seperti strok,buta,rosak saraf rosak kidney dsb.Kawalan adalah melalui pemakanan,senaman,gaya hidup sihat dan sudah tentu patuh ambil ubat ubatan yg diperaku oleh doktor bertauliah.Kesemua ini dilakukan bagi menurunkan paras gula dalam darah ke paras yg munasabah.Dlm pada itu pemantauan terhadap tekanan darah dan kolesterol harus diberi perhatian agar ianya tidak melepasi piawaian normal yg ditetapkan.

      Delete
    2. Salam,
      Soalan yg baik. Diabetes tidak hilang.Kita hanya boleh kawal sahaja supaya ianya tidak berlaku komplikasi seperti strok,buta,rosak saraf rosak kidney dsb.Kawalan adalah melalui pemakanan,senaman,gaya hidup sihat dan sudah tentu patuh ambil ubat ubatan yg diperaku oleh doktor bertauliah.Kesemua ini dilakukan bagi menurunkan paras gula dalam darah ke paras yg munasabah.Dlm pada itu pemantauan terhadap tekanan darah dan kolesterol harus diberi perhatian agar ianya tidak melepasi piawaian normal yg ditetapkan.

      Delete