Program Kem Diabetes anjuran Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya diadakan pada 5-7 Disember 2013 di Scout Inn Resort, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Seramai 45 peserta telah menghadirinya. Program berjaya diadakan berkat kerjasama dengan pakar-pakar perubatan dan pakar berkait dengan kesihatan.
Di antara pakar dan penceramah yang memberi syarahan atau taklimat ialah pakar ortopedik (Dr Ahmad Tajudin), pakar nephrologis (Dr Zaiha Harun), doktor perubatan (Dr Siti Mariam, pengkhususan penyakit diabetes), pakar dietitian/pemakanan (Puan Maslina), fisiologis (En Zulkifli Mat Zin), ahli farmasi (Cik Amalina Amri), pakar optalmologis/mata (Dr Rasdi), dan para medik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah dan klinik Kesihatan . Syarahan berbentuk interaktif ini sangat baik bagi membantu peserta di dalam memahami diabetes, komplikasinya, cara mencegah dan mengawal diabetes, penjagaan kaki, penjagaan makanan, keperluan senaman dan jenis dan cara senaman, jenis ubat ubatan dan insulin serta cara menyuntik insulin.
Peserta diberi nota ringkas, gula stevia, mecomin (ubat saraf) dan satu "pinggan sihat" kaca yang menerangkan jenis-jenis makanan dan porsinya sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
DM Terengganu berterima kasih kepada Puan Ramlah Ali, Pengarah Dietitian dan Sajian HSNZ yang bermurah hati menaja pinggan pinggan ini dan sebuah syarikat yang menaja mecomin dan stevia.
Puan Ramlah juga menyemak senarai menu semasa berkursus dan memberi bilangan kalori kepada semua makanan dan minuman yang disediakan. Dengan cara ini adalah satu pendedahan yang baik untuk dipelajari oleh semua peserta.
Peserta juga dipecah dalam 4 kumpulan dan mereka pula memberi persembahan mengikut topik. Ini bertujuan untuk meninajau setakat mana pemahaman mereka tentang apa yang diajar. Kumpulan diadili oleh peserta dari kumpulan lain tanpa campur tangan penganjur. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diberi hadiah.
Kem ini juga membuat 3 kali saringan glukosa darah selama tiga hari. Pada malam di hari pertama, setelah disaring, didapati ramai yang merekod bacaan yang tinggi. Dari beberapa peserta yang merekod bacaan agak tinggi, penganjur memantau keadaan mereka. Pada keesokan dan sehari selepas itu (disaring sebelum sarapan) disaring lagi glukosa darah dan mereka yang didapati dapat menurunkan glukosa dalam darahnya dengan kadar yang secara konsisten disenarai pendek. Individu yang paling jelas dapat menurunkan paras glukosa darahnya dan konsisten diistiharkan juara. Penurunan bacaan glukosa dipengaruhi oleh maklumat dibekalkan. Ini menunjukkan jika peserta faham dan ada disiplin untuk mengawal makan, glukosa darah akan dapat dikawal melalui makanan.
Setiap peserta juga diberikan sijil penyertaan. Peserta sangat berpuas hati kerana telah dapat memahami diabetes dan komplikasi dan cara mengawal dengan pendekatan yang holistik yakni dari pelbagai disiplin. Bukan senang untuk mengembelingkan pakar dari pelbagai disiplin untuk datang memberi taklimat. Justeru peserta kem ini memang sangat bertuah kerana dapat berinteraksi dengan mereka.
Pihak DM Cawangan Terengganu amat berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan berharap semoga di masa depan, mereka dapat lagi memberi kerjasama. Kami juga berterima kasih kepada ketua-ketua Jabatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana telah memberi kerja sama yang baik sekali kepada Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu.
Kami menyeru kepada anda semua, sokonglah usaha Diabetes Malaysia di dalam memerangi diabetes, penyakit yang menjadi pembunuh secara senyap ini di mana pada tahun 2013 dianggarkan lebih dari 2.6 juta rakyat Malaysia telah mengidapnya dan berjuta yang lain sedang berada dalam peringkat (fasa) pra-diabetes (tanpa mereka sedari).
Sokongan boleh diberi dalam bentuk menjadi ahli, menghadiri program dan aktiviti, menaja program, mempromosi dan menyebar maklumat kepada orang awam tentang bahaya diabetes, memberi derma kewangan kepada pertubuhan, atau menyediakan dana khas setiap tahun untuk memerangi diabetes bersama Diabetes Malaysia.
Berikut adalah gambar-gambar program tersebut:
|
Peserta dan AJK DM Terengganu |
|
Kumpulan persembahan yang tertinggi markah diberi hadiah |
|
Perbincangan berkumpulan |
|
Kuiz dan Revision |
|
Taklimat oleh Dr Ahmad Tajuddin, pakar orthopedik |
|
Peserta diberi pendedahan kepada mesin Anodyne yang boleh mengurangkan kebas-kebas |
|
En Zulkifli, Fisioterapis sedang memberi taklimat |
|
Pn Maslina, dietitian menjawab soalan dari peserta |
|
Senaman kecil-kecilan diadakan |
|
Demonstrasi Penjagaan Kaki oleh Pn Adibah |
|
Pose kenangan: Wan Md Adnan, Wan Hassan, Dr Rasdi dan En Zulkifli |
|
Dr Siti Mariam sedang memberi penerangan dan menjawab soalan peserta |
|
Perbincangan peserta dengan pensyarah |
|
Peserta lain sedang memerhatikan demonstrasi penjagaan kaki |
|
Pengerusi DM sedang memberi taklimat |
|
Saringan glukosa darah, tekanan darah dan berat (BMI) diadakan kepada semua peserta |
|
Penjualan kasut khas untuk pesakit diabetes. Mereka yang bukan pengidap diabetes juga membelinya |
|
Penjualan produk diabetik seperti susu dan peralatan juga mendapat sambutan |
No comments:
Post a Comment